RAMAI suami isteri mengidamkan anak kembar. Namun, kehamilan dan kelahiran pasangan anak kembar bukanlah sesuatu yang mudah kerana mempunyai risiko dan komplikasi lebih tinggi.

Menurut doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razakwanita yang hamil anak kembar berisiko lebih tinggi berbanding kehamilan normal.

Berikut antara risiko kehamilan dan kelahiran anak kembar yang anda perlu tahu.

* Sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum. 


Jantung Danish Haikal belum dapat berdenyut sendiri, mama. Danish Haikal pun belum boleh bernafas lagi. Pernafasan kami tersekat-sekat. Kenapa ada banyak wayar-wayar pada badan kami mama?”

Kami belum bersedia untuk dunia mama. Tolong kami, mama. Tolong kami…”

Ariana hanya mampu memandang Danish Haikal dan Danish Hakim samar-samar dari luar inkubator. Sejak dilahirkan lebih sebulan lalu, Ariana masih belum dapat menyentuh mereka. Hingga saat ini, Ariana hanya dapat berdoa supaya kedua-dua anak kembarnya itu dapat bertahan untuk terus hidup.

Air mata Ariana mengalir membasahi pipi seraya menadah tangan ke hadrat Ilahi.

Jauh dalam benak pemikirannya, Ariana menyalahkan dirinya atas semua yang berlaku. Dia masih bernasih baik mempunyai rakan bergelar Lara yang tidak putus-putus memberikan kata-kata perangsang kepadanya

Ariana pasrah, menyerahkan segala-galanya kepada yang Esa.


Sketsa ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun sudah meninggal dunia. Namun, ia bukan sesuatu yang asing bagi kehamilan kembar.

RISIKO DAN KOMPLIKASI KELAHIRAN KEMBAR

1. Masalah-masalah ringan yang berkaitan dengan awal kehamilan seperti morning sickness, pedih ulu hati, kaki bengkak, urat timbul, sakit belakang jadi lebih biasa bagi kehamilan kembar. Gejala-gejala ini akan berkurangan secara natural selepas bayi dilahirkan.

2. Anemia (kekurangan sel darah merah) akibat kekurangan zat besi kerana tumbesaran bayi-bayi kembar menggunakan banyak zat besi.

3. Pre-eklampsia, keadaan di mana tekanan darah ibu meningkat dan terdapat protein dalam air kencing.

4. Peluang tinggi mengalami pendarahan lebih daripada biasa (tumpah darah) lepas bersalin akibat rahim tidak mengecut.

5. Kemungkinan besar kelahiran secara caesarean atau kelahiran dibantu (forseps atau vakum) untuk melahirkan bayi.

6. Kelahiran mungkin pramatang. 60 dalam 100 kehamilan kembar, dua akan lahir sebelum 37 minggu. 75 dalam 100 kembar, 3 lahir sebelum 35 minggu. Dibandingkan wanita dengan 1 bayi, 10 dalam 100 yang lahir pramatang sebelum 37 minggu.

Bayi yang lahir pramatang, mempunyai risiko berkaitan masalah pernafasan, pemakanan dan jangkitan kuman. Lagi awal bayi dilahirkan, lagi kerap masalah ini berlaku. Bayi mungkin kena dimasukkan dalam wad unit rawatan rapi (ICU) bayi, ibu digalakkan menyusu badan walaupun bayi berada dalam wad ICU.

7. Kehamilan kembar berisiko uri tidak berfungsi baik dan memberikan kesan kepada tumbesaran bayi.

Twin-to-Twin Transfusion Syndrome ( TTTS)

Kembar yang berkongsi uri (monochorionic pregnancies) turut berkongsi peredaran darah sama. 15 daripada 100 kembar yang berkongsi uri, peredaran darahnya mungkin jadi tidak seimbang. Situasi ini dinamakan twin-to-twin transfusion syndrome (TTTS).

Salah satu bayi jadi ‘penderma’ – menerima bekalan darah terlalu sikit dan mempunyai tekanan darah rendah, manakala, bayi seorang lagi sebagai ‘penerima’ yang menerima banyak darah dan mempunyai tekanan darah tinggi.

Ibu yang mempunyai kehamilan kembar seperti ini akan dipantau teliti dengan pemeriksaan scan yang kerap untuk mengenal pasti tanda TTTS.

Kadangkala, TTTS ialah jenis ringan dan tidak memerlukan sebarang rawatan ataupun jadi sangat serius, yang mana ibu akan dirujuk ke hospital yang mempunyai kepakaran fetomaternal untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda