RAMAI ibu bapa kurang mengambil perhatian tentang kebersihan mulut bayi kerana merasakan ia tidak perlu disebabkan anak masih tidak mempunyai gigi. Tetapi sebenarnya, kebersihan mulut bayi sangat penting.

Ini bertujuan mengelakkan jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh menyebabkan penyakit. Ada banyak faktor penyebab kepada jangkitan kulat terhadap mulut bayi yang kita boleh baca dalam artikel ini: Lidah Bayi Putih Mungkin Petanda Kena Kulat.

Berikut perkongsian Doktor Gigi Dr Izaza Mohd Zan tentang cara penjagaan mulut bayi sejak dilahirkan yang perlu diamalkan ibu bapa setiap hari untuk elak susu melekat dan seterusnya menyebabkan jangkitan kuman.

Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Mula bersihkan mulut sejak bayi lagi. Macam mana hendak mula?

Bayi yang baru lahir kita mulakan dengan guna kain basah dan bersihkan mulut.

Kain paling terbaik digunakan adalah kain GoodMorning sebab nipis dan tidak berbulu. Kalau hendak yang lebih baik lagi, guna gauze atau kain kasa atau kain lampin yang bersih.

CARA BERSIHKAN

Kain yang sudah basah tadi, balut jari telunjuk dan gunakan jari telunjuk untuk bersihkan bahagian dalam mulut perlahan-lahan.

BILA MASA PERLU BERSIHKAN

Bersihkan mulut setiap kali selepas menyusu atau sekali sehari setiap pagi. Bersihkan atas gusi, bawah lidah, atas lidah dan sekitar lelangit serta sekitar dalam mulut.

KENAPA PERLU DIBERSIHKAN?

Untuk elak susu melekat dalam mulut dan elak jangkitan kulat atau fungus dalam mulut bayi.

Semoga bermanfaat untuk semua.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda