RAMAI ibu bapa terlepas pandang tentang penjagaan gigi bayi yang baru tumbuh. Mungkin kerana beranggapan gigi susu itu tidak akan rosak kerana anak cuma minum susu.

Sebenarnya, gigi bayi juga wajib dibersihkan seperti mana dikongsikan doktor gigi ini, Dr Izaza Mohd Zan.


Langkah demi langkah bersihkan gigi atau gusi bayi. Boleh gunakan berus gigi, berus gigi jari (finger toothbrush), kain basah atau kain kasa (gauze) basah.

1. Pegang bayi kemas, boleh lakukan di depan cermin muka dalam bilik air atau di ruang rumah (bilik tidur atau bilik baby).

2. Gunakan air suam atau ubat gigi khas untuk bayi 6 bulan ke bawah, bebas fluorida.

3. Pergerakan membulat dan berus perlahan lahan atas gusi dan gigi.

4. Bersihkan ubat gigi atau biarkan ubat gigi supaya berada lama di atas permukaan gigi (sesuai untuk bayi yang ada gigi).

5. Jika baby meronta atau tidak mahu buka mulut, kena banyak bersabar dan terus berus gusi dan gigi setiap hari.

6. Pastikan berus gigi dan gusi bayi 2 kali sehari. Sekali pagi dan sekali malam sebelum tidur atau selepas menyusu (tunggu selepas 30 minit atau lebih untuk elak baby muntah sebab baru lepas menyusu).

Berikut video yang turut dikongsikan Dr Izaza dalam laman Facebook sebagai rujukan semua ibu bapa. Selamat Mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda