PENGAMBILAN jamu selepas bersalin sudah diamalkan secara tradisi dari turun temurun hinggalah kepada generasi kini. Pengamal perubatan tradisional ini mengganggap mengambil jamu mengurangkan risiko kesan sampingan dan lebih baik berbanding ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran.

Bagaimanapun, penjualan jamu yang berleluasa dalam pasaran secara terbuka tanpa pengesahan dan kesahihan bahan dan kandungan menyebabkan jamu menjadi lebih berbahaya dan boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan anak.

Berikut adalah perkongsian Dr Amirul Amzar tentang kesan pengambilan jamu kepada ibu dan anak. Semoga dengan perkongsian ini memberi tauladan kepada semua pembaca!


IBU MAKAN JAMU BERSALIN MENGALAMI KEROSAKAN HATI, ANAK JADI KUNING

Seorang wanita datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan dengan simptom muntah-muntah dan sakit perut yang amat sangat. Beliau baru 6 minggu melahirkan anak pertamanya.

Di Jabatan Kecemasan, ujian darah yang diambil menunjukkan kerosakan fungsi hati. Enzim hatinya meningkat hampir 10 kali ganda dari bacaan normal!

Selepas ditanya lebih lanjut, rupa-rupanya beliau mengambil jamu untuk berpantang. Malah, lebih menyedihkan lagi, anaknya yang sedang disusukan juga mengalami masalah kuning. Si ibu diberi rawatan dan dinasihatkan agar berhenti mengambil jamu. Beliau diberi temujanji untuk pemeriksaan semula fungsi hati.

Dengan kebenaran beliau, kes ini dikongsikan buat tauladan pada umum.

Hasil carian di google mendapati terlalu banyak promosi set bersalin jamu dijual. Malah platform Lazada dan Facebook juga digunakan bagi penjualan produk sebegini

Aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak NPRA.

Diharapkan masyarakat berhenti menggunakan jamu selepas bersalin bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.

Elakkan pengambilan jamu selepas bersalin.

Sebarang aduan berkaitan produk farmaseutikal atau tradisional boleh diemailkan di [email protected]

Dr Amirul Amzar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda