GEJALA sosial dalam kalangan remaja dewasa ini sememangnya memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Selain doa, kita juga boleh memberikan didikan agama yang cukup dan belajar ilmu keibubapaan.

Berikut adalah doa yang perlu diamalkan ibu bapa supaya anak mendengar kata dan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, yang dikongsi oleh Ustaz Husam dan katanya petua ini ada dalam kitab lum’atul aurat (kitab karangan ulamak dahulu).

BACA>>> Lembutkan Personaliti Anak Kuat Meragam Ikut Cara Islamik

DOA LEMBUTKAN HATI ANAK

Mula-mula sekali mak ayah perlu mengambil 3 helai rambut anak atau boleh juga bulu roma tangan dan betis kerana ia berkesan untuk merawat hati yang keras, degil dan keras kepala.

Kemudian, letakkan 3 helai rambut tadi di atas tapak tangan kanan kita dan bacalah doa berikut:

1. Surah Al-Fatihah sebanyak 33, 7 atau 3 kali.

2. Ayat Kursi mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.

3. Selawat Syifa’ sekali.

4. Surah Fath (ayat 1-5) mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.

5. Surah Thaha (ayat 1-5) mengikut bilangan al-Fatihah yang dibaca.

6. Zikir Ya Halim 1,000 kali.

7. Zikir Ya Rahim 1,000 kali.

Kemudian, hembus pada 3 helai rambut tadi di atas tangan kita dan boleh buang rambut tersebut.

Gosok kedua tapak tangan kita dan sapu dari atas ke bawah rambut anak sambil baca Al-Fatihah dan berniat untuk melembutkan hati anak.

Buat beberapa kali, Insya-Allah mujarab.

BACA>>> Guna 7 Cara Ini untuk ‘Ajar’ Anak Remaja yang Bermasalah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda