KEBELAKANGAN ini, lantai vinil (vinyl) sudah jadi semacam trend kebanyakan penghuni rumah, terutama kaum wanita yang sukakan rumah mereka kelihatan cantik dan menenangkan.

Kepada suami yang sayangkan isteri, bolehlah cuba memasang lantai vinil cara DIY dengan kos sangat berpatutan seperti dikongsikan Khairul Ezuwan yang berjaya menukar lantai jubin kepada lantai vinil dengan kos cuma RM822 bagi keluasan 300 kaki persegi.


Sudah siap. Dulu saya ingat RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinil ini. Rupanya kos kurang RM1,000 untuk keluasan 300 kaki persegi dengan DIY.

Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinil DIY, saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.

Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki, dan lebar 6 inci. Satu kotak mengandungi 16 keping. Harga setiap kotak cuma RM58. Bagi keluasan 300 kaki persegi, ruang yang saya buat ini menggunakan 13 kotak.

Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue, satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 kaki persegi ini. Saya beli 20 kotak vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak tidak digunakan, dan 2 tong vinyl glue, satu tong lagi langsung tidak terusik.

Kalau ikut kos sebenar memasang lantai keluasan 300 kaki persegi ini:

  • Vinyl adhesive = (RM58 x 13 kotak) = RM754
  • Vinyl glue = (RM68 x 1 tong) = RM68

Jumlah Kos = RM822

Alatan yang saya gunakan untuk DIY sangat ringkas (ini DIY tau bukan kontraktor profesional)

  • Pembaris L
  • Pisau
  • Pensel
  • Berus cat
  • Gunting
  • Kain buruk

Mana lokasi nak dapatkan vinil? Carpet Prima Sdn Bhd di Nilai 3. Alamat boleh tengok resit dalam gambar.

Jangan takut-takut nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pun boleh tolong buat sekali. Macam main puzzle saja dia kata. Nak tengok cara pasang, boleh tengok di YouTube.

Selamat mencuba. Kalau esok Carpet Prima out of stock , jangan salahkan saya. Hehehe…

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda