RISAU anak terjatuh tangga atau masuk ke tempat larangan seperti dapur? Pagar adalah penyelesaian terbaik di rumah. Mahu beli pagar bayi (baby security gate), tetapi harga pula bukan main mahal lagi. Paling tidak, RM300-RM800 untuk pagar sahaja. Selain harga, yang kerap jadi isu ialah saiz pagar yang tidak sesuai dengan ruang di rumah.

Apa kata buat sendiri sahaja pagar bayi itu, seperti dilakukan Syazwani Jamil. Cuma bermodalkan RM30, dan paling penting, pagar DIY ini tidak memerlukan peralatan yang rumit. Jom cuba!

PERKONGSIAN PUAN SYAZWANI

* Status sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum.

Ok, ada anak kecil wajiblah kena childproof-kan rumah, terutama kawasan berbahaya seperti dapur. Sejak Amsyar sudah makin rajin teroka rumah, selipar dapur pun dia buat main, dan makanan kucing dalam bekas di dapur pun dia kutip. ? Makin mengada juga, tidak boleh kena tinggal, ibu hendak masak di dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkanlah pagar keselamatan.

Rekabentuk pagar keselamatan ini paling simple dan tidak canggih pun. Tidak boleh tolak ke tepi dan tidak boleh gelungsur atau slide. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual saja. Iyalah, mahu jimat kos dan masa. Kalau tidak silap, kos barang semua dalam RM30 dan suami buat ini seorang diri, 2 jam sahaja.

CARA PASANG

Mudah, murah dan praktikal. Kepada yang ada bajet kecil, boleh cuba buat sendiri pagar keselamatan bayi ini di rumah. Selamat mencuba!

KREDIT: SyazwaniJamil

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda