PENGALAMAN pahit membuat wanita ini berasa serik ke hospital kerajaan lagi. Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Fatin Amierah Zabri tentang pengalaman beliau ketika terjadi pendarahan ketika hamil 7 bulan.

***Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.

KENAPA SAYA PILIH BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA

Status ini bukan bertujuan untuk boikot, memburukkan, menjatuhkan atau kondem mana-mana pihak. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk bersalin di mana-mana, sebab sakit bersalin itu sama aja rasanya.  Ini cuma kerana Fatin ada kenangan pahit dengan hospital kerajaan.

“Masa saya awal mengandung Orked, kandungan berusia 7 minggu, tiba-tiba saya bleeding. Keluar darah cair bersama darah beku.

Bayangkan lah masa itu sudah pukul 11.30 malam. Menggeletar tangan masa tengok darah pada tisu. Sudah la sebelum ni saya pernah keguguran. Takkan lah kali ini pun gugur juga”.

CERITA KETIKA SUDAH SAMPAI KE HOSPITAL

Sampai aja hospital , doktor datang periksa. Dia masukkan muncung itik . Seluk dalam sangat untuk periksa jalan. Kemudian, dia ambil pulan mesin scan yang entah bila tahun punya mesin. Dia letak scanner di perut, nampak ada kantung yang sangat kabur pada skrin skrin.

Doktor: Kantung baby ada lagi , tapi saya tidak pasti  baby masih ok atau tidak.

Tiba tiba nampak berkelip kelip dalam kantung itu.

Fatin: Doktor, itu bukan jantung baby? Nampak berkelip.

Doktor: Mungkin . Tapi tidak pasti la apa yang saya nampak . Begini , saya rasa baby awak sudah tidak ada. Awak balik dulu , kalau turun darah atau kantung datang balik ye.

APA? DOKTOR HANYA JAWAB TIDAK PASTI?

Saya balik ke rumah dengan tangisan. Menangis dalam kereta sampai ke rumah . Malam itu tidak boleh tidur sampai ke pagi. Pagi pukul 10, kami pergi pula ke hospital swasta . Terus jumpa pakar . Masuk bilik doktor . Saya cerita semua apa yang berlaku. Dia minta saya baring untuk scan .

“Puan , baby awak ada. Jantung pun sudah ada. Semuanya baik-baik sahaja. Cuma awak punya rahim lemah sikit . Saya bagi ubat kuatkan rahim . Awak balik rehat. Jangan buat kerja berat”.

“Satu lagi, sebenarnya doktor tidak boleh suka hati korek untuk cari jalan sebab kandungan awak masih kecil. Silap-silap awak boleh gugur ya” kata doktor di hospital swasta.

JANTUNG RASA HENDAK GUGUR

Macam mana hospital boleh kata Orked sudah tidak ada? Orked sudah pun selamat dilahirkan. Bila teringat balik trauma nya saya rasa! Saya sudah tidak pergi lagi ke hospital yang sama.

Seperti yang dikatakan, ini cuma pengalaman yang dilalui Puan Fatin. Mungkin pada masa itu, Fatin kurang bernasib baik. Apa pun, ada baiknya kita berhati-hati dan jadikan pengalaman Fatin sebagai pengajaran.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda