SIAPA sangka George seorang bayi pramatang yang dilahirkan 3 bulan awal daripada tarikh bersalin ibunya dengan berat kira-kira 600 gram kini sudah berusia sembilan bulan selepas menjalini 20 pemindahan darah dan diserang sepsis sebanyak 4 kali.

Bayi bernasib baik ini dijangka akan meninggal selepas akibat jangkitan meningtis dan sepsis oleh doktor.

Selepas 6 minit dilahirkan, George menggunakan mesin sokongan dan sering keluar masuk hospital disebabkan jangkitan yang mengancam nyawanya.

BACA>>> Kenali 5 Masalah Kulit yang Sering Dialami Bayi Pramatang

DOKTOR YAKIN GEORGE AKAN MATI

Ibunya, Hanna Rose, 25, berkata, dia diberitahu oleh doktor dengan yakin bahawa anaknya tidak mampu bertahan dan akan mati.

“Adalah sesuatu yang sangat ajaib apabila dia masih bersama kami hingga hari ini,” katanya.

George menghidap Necrotizing Enterocolitis (NEC), satu keadaan yang berlaku pada bayi baru lahir di mana bahagian pada ususnya mati.

Semasa pembedahan NEC, bayi itu kehilangan 40 peratus darah dan mengalami bengkak hati.

Kemudian dia diserang meningtis dan sepsis disebabkan kelahiran pramatang.

Doktor juga memberitahu bahawa mereka tidak pernah melihat bayi baru lahir dengan jangkitan yang teruk seperti ini terselamat.

BACA>>> 4 Jenis Susu Rumusan Khas Ini Bantu Naik Berat Badan Bayi Pramatang

GEORGE BERTAMBAH BAIK

Hanna juga menjemput seorang paderi untuk datang ke hospital dan memberikan doa terakhir buat George.

Bagaimanapun, setelah selesai George menunjukkan tanda-tanda bertambah baik.

Bayi ajiab itu kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan berat badannya semakin bertambah tetapi masih memerlukan tangki oksigen bagi membantunya bernafas.

Bagaimanapun, George masih perlu melakukan pembedahan ketujuh untuk hatinya dan ibu bapanya telah mengumpul dana sumbangan untuk fisioterapi di GoFundMe.

SUMBER: Mstar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda