MASALAH ruam lampin menjadi salah satu punca kepada ketidakselesaan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Dianggarkan seramai 7 hingga 35 peratus populasi umum mengalami ruam lampin, yang mana separuh daripada jumlah itu terdiri daripada bayi berusia antara 4 – 15 bulan.

Menyedari masalalah utama yang dialami oleh ramai bayi di Malaysia, Eurodrug Laboratories (M) Sdn Bhd tampil memperkenalkan Diapo-Care dengan formulasi rawatan dan pencegahan ruam lampin.

Pengurus Besarnya, Kelvin Tong berkata, Diapo-Care adalah penyelesian masalah ruam lampin baharu 2 dalam 1 yang dirumus menggunakan 2 bahan aktif iaitu Perencat Enzim Protease (Protease Enzyme Inhibitors- PEi) dan Dexpanthenol.

Gabungan 2 bahan itu menjadikan Diapo-Care produk penjagaan lampin yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mengandungi PEi untuk merawat ruam lampin secara berkesan dengan menangani puncanya.

“Digabungkan dengn Dexpanthenol, formula inovatif ini memberikan rintangan perlindungan tahan lama, pada masa sama mengekalkan tahap kelembapan yang optiomum, menyembuhkan kulit dan mencegah ruam lampin daripada berulang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu membantu menghilangkan kebimbangan ibu bapa dengan menyediakan satu penyelesaian terbaik 2 dalam 1.

KENAPA DIAPO-CARE SESUAI UNTUK ANAK ANDA?

Pakar Perunding Dermatologi Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak ABC, Dr Leong Kin Fon berkata, ruam lampin menjadi satu kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa kerana anak akan menangis dan meragam disebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang dialami.

“Cara terbaik untuk mencegah dan merawat ruam lampin adalah dengan menukar lampin basah dan kotor secepat mungkin dan bersihkan dengan air kemudian disapu dengan krim pelindung selepas menukar lampin.

Krim pelindung yang sesuai adalah yang memberikan dwi tindakan iaitu mencegah dan merawat serta menangani punca ruam lampin berlaku,” katanya.

Menurutnya, pelindung yang mengandungi PEi penting untuk menyekat aktiviti enzim protease dalam najis.

KELEBIHAN DIAPO-CARE

  • Mudah disapu dan dibersihkan
  • Tidak menimbulkan alahan
  • Tiada mengandungi pewangi dan pewarna
  • Terbukti berkesan secara klinikal oleh Institut Penyelidikan di United Kingdom

BACA>>> 4 Tanda Si Kecil Sudah Tidak Mahu Pakai Lampin Lagi

APA FUNGI 2 BAHAN AKTIF INI?

1. PEi

  • PEi semulajadi ini menyekat aktiviti enzim protease dalam najis yang merosakkan lapisan perlindungan sel kulit yang diperkaya dengan protein .
  • Mengurangkan kemerahan pada kulit.

2. DEXPANTHENOL

  • Menjadi pelindung yang membantu pertumbuhan semula kulit dibahagian yang terjejas.
  • Memberikan kelembutan, melincinkan dan melembapan kulit.
  • Menghidratkan kulit
  • Merangsang penyembuhan kulit

BACA>>> Info Penting: 7 Sebab Kenapa Bayi Kita Kerap Menangis

Diapo-Care kini boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi di Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh layari ke laman www.diapo-care.com.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda