JENAMA perlindungan kuman No.1 di dunia, Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri, baru-baru ini bagi melindungi keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya.

Pengenalan semula jenama ini untuk memberikan perlindungan dengan 2 keperluan utama keluarga dalam produk pembersihan diri iaitu perlindungan bau dan perlindungan kulit.

BACA>>> Kenali 5 Masalah Kulit yang Sering Dialami Bayi Pramatang

Dettol ProFresh dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.

Dettol ProSkin menyediakan kelembapan selama 8 jam untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan
penyaman udara yang berterusan.

Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Kim Minyoung berkata, kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat
keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya
hidup sesebuah keluarga.

“Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan iaitu perlindungan bau yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan perlindungan kulit yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan
tidak kekeringan.

“Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada
cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit,” katanya.

BACA>>> 8 Tip Pilih Produk Penjagaan Kulit Terbaik untuk Bayi

Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan perlindungan
daripada 100 kuman bahaya bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini telah diuji secara
dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga.

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90
untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml dan RM15.67
untuk pek isi semula 900ml.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda