KEPERITAN hidup menyebabkan ada segelintir ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan selamat.

Ini kisah seorang ibu tanpa status kerakyatan ini yang sanggup mencuri buku pink milik orang lain dan menukar nama hanya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, sekali gus membolehkan dia bersalin di hospital kerajaan.

Cerita ini dikongsikan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ketika ketika menyertai program di Sandakan, Sabah yang dianjurkan oleh Kembara Kitchen dengan kerjasama Medical Mythbusters Malaysia, Klinik Mabello Paris dan MUST Team.

BACA>>> Nak Tahu Tahap Risiko Ketika Hamil, Tengok Pelekat Berwarna Pada Buku Pink Anda


Mari duduk sini ya Jumiah. Sihat ke arini?”

Saya sihat je, ni anak yang tak sihat

Jumiah mengendong bayi comel dalam anggaran 2 bulan. Comot bajunya, kepalanya botak, saiznya kecil sedikit. Sarung tangan baby itu pun sedikit kehitaman di hujungya.

Kenapa dengan bayi kamu ni Jumiah?”

Lepas beranak hari tu, dia asyik sakit saja… batuk selsema. Hari tu ada bintik-bintik merah tapi dah ilang semalam. Berak-berak pun ada. Seminggu dia tidak mahu susu tetek. Saya makin risau. Nak pergi jumpa Dr saya tak ada duit. Saya tak tahu nak buat apa lagi doktor. Saya sanggup beratur panjang hujan panas ni untuk jumpa doktor. Tolong doktor. Anak saya yang last tu umurnya 1 tahun menangis-menangis di rumah, tapi saya tinggalkan  saja dengan abang-abangnya

Lantas saya pun periksa baby jumiah yang sedang nyenyak tido di pangkuan maknya. Kacau macam mana pun elok sajae baby itu tidur. Ada bekas-bekas bintik merah sudaj kurang.

Baby ni beranak mana Jumiah? Di rumah?

4 orang anak saya beranak di rumah doktor. Mana ada duit nak pegi rumah bersalin. Cuma anak sulung saja beranak di hospital. Lepas beranak sebulan saya tak boleh jalan tak boleh bangun, letih amat. Bidan kampung cakap tu biasa. Saya percaya lah. Makin lama makin teruk. Tapi Alhamdulilah, baru-baru ni saya dah pulih. Bidan kampung ada bagi saya telur ayam untuk di makan.”

“Anak sulung kamu beranak di hospital? Macam mana tu boleh di hospital sedangkan yang lain di rumah?”

Saya ‘curi’ buku pink pesakit lain. Saya tukar nama pesakit itu. Alhamdulilah, dengan buku pink tu dapatlah saya pergi jumpa misi. Boleh la ‘check’ perut. Anak nombor satu saja dapat timbang berat, dapat cucuk vaksin. Saya dah cukup bersyukur doktor. Kami kan orang susah. Dah takde cara lain dah. Anak-anak lain susah dah saya nak ‘curi’ buku pink tu

Saya tergamam dengan cerita Jumiah, bukan nak kecam sebab dia mencuri buku pink. Begitu susahnya jumiah nak dapat akses kepada servis antenatal sebagaimana orang ‘kita’ dapat dengan mudahnya.

Bagi buku pink, buku pink hilang, tinggal dalam keta, kena rompak, masuk mesin basuh, anak buang kat longkang – alasan demi alasan. Jumiah menatang buku pink dia untuk anak pertama sampai lah jumpa saya sebab nak tunjuk buku pink itu.

Sayu, hati ini makin sayu. Saya tidak mampu kalau saya diduga begini. Cekalnya Jumiah.

Muka Jumiah mula tersenyum sedikit bila melihat saya meletakkan stetoskop pada dadanya. Dia ingatkan dia tidak perlu diperiksa, dapat check baby dia saja sudah cukup menggembirakan jumiah.

Sebelum meninggalkan saya, jumiah sempat bertanya,

Doktor, bila agaknya doktor akan kembali lagi? Saya mahu ‘cucuk’ baby saya nih

BACA>>> 5 Salah Faham Tentang Suntikan Vaksin yang Kita Perlu Tahu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda