DATUK ALIFF SYUKRI, abang terlajak laris kita telah berkongsi jumlah yuran sekolah anaknya di laman Instagram beliau. Dalam post yang telah dikongsikan, beliau menyatakan harapan agar anak-anaknya menghargai pengorbanan beliau bersama isterinya.

“Cabaran kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pelajaran untuk anak-anak dan kos pendidikan sekarang sangat memeningkan kepala”……

Jika anak-anak belajar di sekolah swasta atau international school, kos pembelajaran lebih mahal berbanding sekolah harian biasa. Ini antara jumlah yuran untuk 4 bulan, yang Datuk Aliff Syukri perlu bayar.

“Bukan senang hendak besarkan anak zaman sekarang, kos semakin tinggi….belum masuk kelas mengaji, baking, renang….ekonomi kenapa lah slow sangat….”

“Abah kena kuat lah hendak bayar yuran anak sekolah untuk 4 bulan…Abah harap anak-anak abah hargailah penat mama dan abah cari duit…”

DAPAT PERHATIAN NETIZEN

NETIZEN KECAM 

Luahan Datuk Aliff Syukri di instagram mendapat reaksi netizen. Habiskan duit untuk pelajaran anak, tapi dikecam. Netizen menuduh kononya beliau hanya ingin menunjuk-nunjuk kekayaan pada orang lain.

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI

Walau apa pun kecaman yang diterima, semoga Datuk dimurahkan rezeki. Semoga anak-anak Datuk berjaya dunia dan akhirat.

Tidak perlu kita mengecam aja, mungkin Datuk hanya ingin berkongsi pengalaman hidupnya bersama peminat. Apa pun, ada baiknya kita jadi orang yang sentiasa berfikiran positif. Jangan marah-marah, senyum selau. 🙂

SUMBER: Datuk Aliff Syukri

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda