SESAMA adik beradik bergaduh memang boleh buat stres! Apabila sudah bergaduh, kitalah yang kena jadi hakim, dan siapa salah akan kena hukum. Kalau mahu senang cerita, terus hukum semua sekali. Biar sama-sama merasa!

Masalahnya sekarang, semua hukuman itu pun ‘tak jalan’ juga. Selepas sejam boleh pula bergaduh lagi. Aduhhh…

 

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria berkongsi 8 tip mengelakkan perebutan atau perbalahan adik beradik tanpa perlu kita jadi hakim (ibu bapa).

  1. Jika pergaduhan itu mengenai perkara remeh – abaikan. Teknik ini untuk latih anak yang kena supaya mengadu lebih tinggi dan tidak beri perhatian kepada anak yang buat salah.
  2. Jika lebih serius seperti berebut mainan hingga melarat menjadi perbalahan – mulakan dengan memberitahu perasaan marah kedua-dua anak.
  3. Apaila mereka mengadu dengan hormat, tengok mata mereka dan pegang mereka jika perlu.
  4. Tunjukkan pada mereka anda faham dan situasi itu sukar bagi mereka.
  5. Tunjukkan yang anda percaya mereka boleh selesaikan masalah itu.
  6. Tinggalkan mereka, teknik ini mungkin tidak akan selesaikan perbalahan. Tapi dapat mengelakkan perbalahan jadi lebih teruk. Jika kita konsisten dengan teknik ini, mereka akan mula belajar mengaitkan pergaduhan dan perebutan dengan emosi negatif.
  7. Jika pergaduhan jadi berpanjangan atau melarat hingga tahap fizikal, sambung dengan teknik ini:
  • Nyatakan dengan jelas apa yang anda nampak dan tidak suka.
  • Tarik ganjaran atau masa bermain dan asingkan kedua-dua anak hingga tenang.
  1. Apa paling penting – konsisten. Tidak kisah hebat mana teknik, kalau ibu bapa cepat putus asa, mereka akan tahu ‘rik dan tewaskan peraturan kita.

Selain itu, ibu bapa juga perlu belajar beberapa perkara penting ketika anak-anak bergaduh iaitu:

  1. Jangan label anak. Contoh: kakak dan adik ni asyik gaduh saja.
  2. Jangan bandingkan anak-anak dengan anak orang lain.
  3. Terima apa saja mereka cakap, jangan tunjuk pilih kasih.
  4. Biarkan mereka marah. Marah ialah emosi manusia, jangan halang, tetapi tunjukkan mereka cara betul tunjukkan marah.
  5. Beri perhatian apabila mereka bermain dengan baik tanpa bergaduh (puji dan hargai jika perlu)
  6. Alihkan tumpuan dengan buat lawak, kisah lucu dan perkara yang buatkan mereka ketawa.
  7. Jika mereka berkelakuan ganas atau fizikal. Beri hukuman sewajarnya secara konsisten. Jelaskan yang ia tidak boleh diterima dan setiap kelakuan itu akan dapat hukuman.

SUMBER: DrRozanizamZakaria

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda