BAHASA Inggeris (BI) penting untuk kanak-kanak generasi hari ini walaupun Bahasa Melayu (BM) kekal sebagai Bahasa Kebangsaan kita. Ramai ibu bapa mahukan anak mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan cepat.

Sebagai rujukan kepada semua ibu bapa, apa kata baca artikel tentang perkongsian Pengasas Mofazz Readerz, Azlina Nawi berhubung tip meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk anak sejak kecil.

* Status sudah disunting untuk skema penulisan BumBumCak tanpa menjejaskan maksud dan gaya tulisan asal penulis. Harap maklum.


NAK TINGKATKAN BAHASA INGGERIS ANAK – CUBA 25 TIPS INI

Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu waktu paling ideal untuk mengajar bahasa kedua pada anak.

Ketika usia ini, otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.

Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.

Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.

Ini 25 tip yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kita

1. MULA SEJAK DALAM KANDUNGAN

Kalau mahu anak mahir dalam BI, boleh MULA ajar mereka sejak dalam KANDUNGAN lagi.

Bagaimana?

Berbual dengan baby dalam perut guna BI, nyanyikan lagu–lagu dalam BI, nyanyi lagu nasyid dalam BI. Saya suka menyanyi lagu English kanak-kanak dalam YouTube seperti Super Simple Song. Banyak kompilasi lagu yang mendidik anak-anak berbahasa Inggeris mudah. Cari saja dalam YouTube.

2. BILA ANAK LAHIR, TERUSKAN BERBUAL

Banyakkan berbual atau berkomunikasi dengan anak dalam BI. Bagaimana caranya? Gunakan teknik One Parent One Language. Macam mana tu? Maksudnya mak cakap BM penuh, ayah cakap BI penuh. Atau sebaliknya. Tengok siapa yang lebih fasih BI. Bila anak selalu dengar dua bahasa ni dalam hidup seharian, dia akan mahir dalam dua bahasa.
Boleh juga gunakan teknik mengikut hari.

Contoh: Ahad cakap BM, Isnin cakap Bi dan seterusnya.

3. PELBAGAIKAN SUMBER PENGAJARAN

Sumber pengajaran termasuklah kad imbas bergambar (flashcard), poster, VCD, CD dll. Sumber pengajaran ini untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak belajar.

Kepelbagaian sumber ini sangat berkesan, mudah dan sesuai untuk anak kerana tidak semua anak menjalani pendekatan pembelajaran sama kerana setiap anak ada perbezaan style earning mereka. Sama ada ‘learning style’ mereka itu kinestetik, audiotari atau visual.

4. JANGAN JADIKAN KITA LEMAH BI SEBAGAI ALASAN

Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan BI, jangan jadikan ia alasan untuk tidak dedahkan anak kepada BI.

Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah belajar semula English untuk anak-anak. Tidak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar, buku-buku dan juga Youtube.

Kalau boleh follow mereka yang pakar dalam ilmu dan bidangnya dengan ‘set see first’ fb mereka supaya ilmu mereka yang dikongsi tidak terlepas. Follow rapat-rapat ye.

5. GUNA KAD IMBAS GAMBAR

Tambah vocab BI anak guna kad imbas gambar. Boleh buat permainan kad imbas yang menarik seperti memory game.

6. JANGAN MALU ATAU SEGAN AJAR ANAK DI KHALAYAK RAMAI

Tidak usah malu atau segan jika kita speaking BI dengan anak di luar rumah, pasaraya atau ketika balik kampung. Teruskan berbual seperti biasa. Usah peduli cakap-cakap belakang.

7. BILA MAHIR DALAM BAHASA, IQ AKAN MENINGKAT

Ye, IQ akan meningkat kerana anak banyak vocab dan dapat menggunakan vocab tu dengan baik. Mampu berfikir dengan kreatif dan kritis.

8. TIDAK FAHAM TANYA ORANG YANG LEBIH MAHIR BI

Kalau kita sebagai ibu bapa tidak faham, jangan segan untuk bertanya kepada orang lain.

9. BELI BUKU CERITA MENARIK SEPERTI BANYAK GAMBAR

Kiddy Magazine

Melalui gambar-gambar pun kita boleh berkomunikasi dengan anak.

10. RAJIN BACAKAN BUKU CERITA PADA ANAK

Pupuk sikap suka membaca bahan bacaan dalam BI. Minta anak pilih buku kesukaannya. Baca dengan intonasi suara menarik. Baca ketika mood anak baik, terutama selepas mandi dan mahu tidur.

11. DAPATKAN SOKONGAN SUAMI ATAU ISTERI

Kena ada usaha berpasukan atau team effort. Jangan buat sorang-sorang. Boleh juga minta bantuan ibu bapa atau mertua untuk sama-sama bantu.

12. HANTAR TADIKA ENGLISH

Kalau mampu hantar ke tadika BI medium. Kalau tiada bajet, boleh ajar sendiri dengan berkesan.

13. KENALI DIRI ANAK DAN KETAHUI APA YANG MEREKA MINAT

Kalau dia minat Sesame Street, belilah VCD Sesame Street. Sekarang ini, banyak cerita kanak-kanak yang sudah ada versi BI, contoh Upin Ipin dan Aqil the Story.

14. RANCANGAN TV BI

Pilih rancangan-rancangan TV dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti Sesame Street, Noddy, Bob the Builder dan lain-lain. Apabila anak banyak mendengar perkataan BI, mereka akan biasa dan tidak kekok guna perkataan itu.

15. JANGAN PAKSA ATAU BERI TEKANAN PADA KANAK-KANAK MASIH KECIL

Anak kecil ini cepat moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. Cari teknik pengajaran yang tidak membosankan. Jangan ajar lama-lama dan cari masa sesuai apabila mereka boleh beri lebih tumpuan.

16. BELI POSTER 

Beli poster yang sesuai dan tampalkan dalam rumah, kemudian terangkan kepada mereka dan kena rajin ulang-ulang apa yang anda terangkan sebab mereka mudah lupa. Banyakkan poster besar mengikut kategori seperi buah-buahan, kenderaan, badan manusia dan lain-lain. Rajin-rajinlah guna poster itu.

Apa yang kita boleh buat, minta anak carikan gambar mengikut apa yang kita sebut. Say and find. Boleh juga kita buat permainan mix and match. Kalau ada mainan buah-buahan, padankan dengan gambar poster.

17. BOLEH KUASAI 5 BAHASA

Kalau betul cara, kanak-kanak boleh menguasai 5 bahasa serentak.

18. ANAK TIDAK AKAN PENING

Jangan risau, anak tidak akan pening kalau kita dedahkan kepada dua bahasa sejak kecil.
Mula-mula saja pening, tetapi dia akan cepat sedar yang dia gunakan dua bahasa.

19. KONSISTEN DALAM PENGAJARAN

Jangan kejap cakap BM, dan kejap cakap BI atau campur dalam ayat anda. Jadi rojak!

20. JANGAN GUNA BAHASA BAYI

Sebut betul-betul dan gunakan ayat dan grammar betul.

21. BETULKAN SEBUTAN 

Kalau anak sebut tidak betul, betulkan sebutan dia dan kita mengulang-ulang semula apa yang dia sebut.

22. BELAJAR BALIK BI KITA

Kadang-kadang kita rasa sudah betul sebutannya, rupanya salah atau kurang tepat. Boleh buka kamus yang ada simbol phoneme untuk belajar sebut dengan betul. Sebelum itu kenalah belajar dulu ilmu phoneme grapheme ini (ilmu phonics)

23. GUNA KAMUS BI-BI BUKAN BI-BM

Yang ni adalah mesti buat. Sebab bila kita tengok meaning dalam BI, secara tidak langsung kita dapat tambah vocab baru. Guna kamus BI-BI ni saya diajar masa kelas tuisyen form 5 dulu.

24. GUNAKAN LABEL

Kalau tidak ingat perkataan, tampal label di tempat sesuai seperti peti sejuk, almari, pintu dan lain-lain.

25. CARI KAEDAH SESUAI BANTU ANAK CEPAT BELAJAR BI

Carilah kaedah yang sesuai untuk membantu anak cepat belajar membaca BI.
Contohnya, kaedah fonik. Berguru dan belajarlah dengan orang yang mempunyai ilmu dalam bidangnya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda