KANAK-kanak sememangnya suka makan nasi tetapi jika hidangan yang sama setiap hari pasti anak mudah bosan, kan?

Jadi, apa kata kita cuba resepi Chicken Rice Ball bagi memberikan kepelbagaian dalam menu anak kita. Bahan-bahan pun berkhasiat untuk perkembangan mereka. Mudah dan ringkas saja, boleh siap dalam masa 30 minit.

RESEPI CHICKEN RICE BALL 

BAHAN-BAHAN

  • Daging ayam kisar
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Lobak merah*
  • Halia -diparut
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Garam
  • Beras

CARA-CARA

1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

SUMBER: Fazariana Mohd Ali

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda