WALAUPUN sayur dan buah-buahan disimpan dalam peti sejuk, tetapi masih juga layu dan kurang segar. Perasan tak sedangkan baru saja dimasukkan beberapa hari? Petua kali ini mungkin dapat membantu anda mengekalkan kesegaran makanan supaya tahan lama hingga 2 minggu!

Bukan saja tahan lama, kita juga dapat menjimatkan masa sebab tidak perlu lagi berulang-alik ke pasar setiap 2-3 hari. Ada 8 rahsia yang dapat membantu anda seperti di bawah ini:


1. BELI HANYA KEPERLUAN

Beli hanya apa diperlukan. Berhati-hati dengan jenis buah-buahan, sayuran dan makanan cepat rosak seperti pisang, jagung, kacang hijau, cendawan dan strawberi. Jadi, habiskan makanan seperti ini dahulu sebelum beli stok baharu. Ingat tu!

TIP TAMBAHAN

  • Kami cadangkan supaya bungkuskan bahagian batang pisang dengan plastik untuk melambatkan proses masak. Letakkan sebiji epal ke dalam karung kentang yang dibungkus dalam jaring supaya kentang supaya tidak tumbuh akar pada kentang itu nanti.

2. ASINGKAN SAYUR DAN BUAH

Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di tempat sama. Kebanyakan buah akan melepaskan gas etilena tinggi yang sensitif untuk sayuran. Jika letak sayur dan buah dalam tempat sama, sayur biasanya akan cepat rosak.

3. BUKAN SEMUA PERLU MASUK PETI SEJUK

Tidak semua harus masuk dalam peti sejuk. Kentang, bawang dan bawang putih tidak perlu disejukkan. Selagi disimpian di tempat sejuk dan gelap, seperti pantri atau ruang kabinet dapur, barang ini boleh bertahan berminggu-minggu.

4. CARA SIMPAN TOMATO

Simpan tomato dalam suhu bilik. Berikan cahaya matahari dan jauhkan dari dapur dan cuaca panas. Kalau tidak, tomato akan cepat layu dan lembik.

5. CARA SIMPAN SAYUR

  • Rendam sayur

Pertama sekali, rendamkan sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. Bagi sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Jangan potong akar. Apabila mahu masak barulah dipotong dan dibersihkan sekali lagi.

  • Tambah garam

Taburkan sedikit garam sambil mencuci seperti biasa. Fungsi garam ialah mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sebentar dalam air garam selama 10 minit.

  • Toskan

Kemudian, toskan sayur dan biarkan selama lebih kurang 5 minit.

  • Simpan dalam bekas

Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau itu ke dalam. Kalau mahu jimatkan ruang, boleh juga gunakan plastik kedap udara atau ‘ziplock bag’.

Selamat mencuba!

SUMBER: SirapLimau | AmericanHomeShield

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda