BOTOL susu anak seperti diketahui begitu cepat bertukar menjadi kelabu, ini kerana susu anak yang tidak habis diminum akan bertukar menjadi masam atau basi menyebabkan terbentuknya kerak susu.

Ia adalah perkara biasa, ramai antara kita akan mencuci kerak susu ini dengan cara menyental dan rebus dengan air panas, cara ini agak lambat dan renyah.

Bagaimana cara untuk menangalkan kerak susu dengan cepat? jom baca perkongsian puan Fitriah Azman. Hanya menggunakan 3 bahan yang ada di dapur, tidak sampai 5 minit botol susu sudah berjaya dibersihkan.

CARA HILANGKAN KERAK PADA BOTOL SUSU ANAK

Jangan pandang sebelah mata pada beras dan garam. Bukan sahaja sedap dijadikan nasi goreng, tapi ada fungsi rahsia yang ramai tidak tahu.

BACA>>>> Info Penting: Ini Bahaya dan Risiko Bisphenol A (BPA) Dalam Botol Susu Anak

Bahan-bahan:

  • Gunakan air panas untuk hasil yang pantas guna garam dan beras.

Cara-cara:

  1. Masukkan beras ke dalam botol
  2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi
  3. Tutup botol dengan penutup
  4. Goncang dengan penuh kasih sayang
  5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
  6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
  7. Bilas dengan air bersih

Ulang langkah yang sama untuk garam. Cuma, saya guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras. Boleh rujuk video di bawah.

Dengan cara ini juga kita boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tidak boleh guna cecair pencuci. Cuma cara bilas kena betul-betul bersih. Barulah anak tidak mudah sakit perut.

BACA>>>> Bagaimanakan Cara Cuci Botol Susu dengan Betul?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda