RASA sakit ketika kencing atau terkencing setiap kali batuk atau sendawa? Jangan pandang remeh kerana anda mungkin mengalami masalah kencing kotor.

Masalah ini kadangkala menimpa segelintir ibu selepas bersalin. Kebiasaannya, masalah kencing kotor dihidapi ibu sedang hamil, terutama sepanjang trimester pertama dan bulan terakhir kehamilan.

PUNCA KENCING KOTOR

  • Kaum wanita lebih mudah dijangkiti kerana saluran air kencing wanita lebih pendek berbanding lelaki.
  • Apabila jarak pendek, kuman dari luar lebih mudah masuk ke dalam pundi kencing.
  • Ia terjadi kerana jangkitan kuman pada sistem saluran kencing merebak pada buah pinggang.
  • Selain disebabkan jangkitan, masalah kencing kotor juga berpunca akibat sikap suka tahan kencing.

BAHAYA MENDATANG

Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana boleh menyebabkan masalah lain ke atas diri. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam tempoh panjang. Ibu baharu juga akan mengalami demam jika masalah kencing kotor berterusan.

CARA MENGATASI

  1. Lakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar pelvik dan pundi kencing kembali normal. Senaman ini boleh dilakukan ketika ibu hendak batuk, tergelak atau bersin.
  2. Latih pundi kencing untuk kencing setiap 30 minit. Hal ini dapat mengelakkan ibu daripada tidak kencing langsung. Kemudian, jarakkan kepada 1 atau 2 jam sekali.
  3. Elakkan meneran ketika membuang air besar kerana usus ibu tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada pundi kencing.
  4. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari bagi mengelak dehidrasi dan jangkitan salurang kencing.
  5. Kurangkan minum kopi, sitrus, tomato, minuman ringan dan alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan ibu sukar mengawal pundi kencing..
  6. Jangan gunakan tampon, tetapi gunalah pad bagi membantu menyerap kebocoran air kencing.
  7. Jaga kebersihan kawasan intim. Pastikan ibu lap vagina dari depan ke belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang merebak ke faraj.
  8. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk meneutralkan asid dalam air kencing, termasuk mengurangkan gangguan terhadap pundi kencing.
  9. Guna pakaian longgar daripada material kapas kerana dapat menyerap peluh dan mengelakkan bakteria merebak.
  10. Ambil vitamin C supaya dapat melawan bakteria dalam badan.

AWAS!

  • Sekiranya masalah kencing kotor jadi teruk hingga menyebabkan deman atau berdarah, ibu dinasihatkan jumpa doktor segera.
  • Kepada ibu sedang hamil, sebaiknya terus berjumpa doktor sekiranya mengalami masalah ini bagi mendapatkan rawatan antibiotik. 

SUMBER: Dr Zubaidi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda