ANTARA kejayaan besar dalam diari seorang ibu ialah anak sudah tidak perlu lagi dipakaikan lampin pakai buang. Namun, perkara itu bukan mudah untuk ibu bapa, latihan perlu dimulakan seawal usia anak dua tahun.

Tetapi jangan pula terlalu memaksa kerana anak mungkin masih belum bersedia ke tandas sendiri. Iyalah, perkembangan setiap kanak-kanak berbeza,pastikan dulu anak kita boleh berdikari sendiri.

Mari kita belajar mengenal pasti bilakah masa anak perlu ke tandas dan bagaimanakah melatih dia buang air menggunakan bekas najis atau potty (baca: jamban). ūüėõ

1. PERHATI KEKERAPAN ANAK KENCING

Kenal pasti  kekerapan dan rutin masa anak buang air. Ibu bapa boleh buat jadual untuk mencatatkan kekerapan rutin itu dan ini penting untuk mengetahui tempoh diambil anak sepanjang dia buang air.

2. AJAR ANAK KAWAL MASA BUANG AIR

Kenal pasti bilakah masa anak mahu ke tandas (lihat kerut wajah, kaki dikepit). Periksa juga sama ada anak kencing dengan banyak pada satu-satu masa atau menitis (terkucil) setiap masa. Cuba ajar anak bilakah masa dia perlu ke tandas, misalnya tengah hari, sebelum tidur malam dan selepas bangun pagi.

3. ANAK PERLU SEDIA BEKERJASAMA

Pastikan anak sudah cukup faham dan boleh bekerjasama. Uji anak dengan berikan arahan ringkas seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga minta dia bertepuk tangan. Jika anak boleh buat dengan rela hati, itu menunjukkan dia bersedia dari segi mental untuk berlatih ke tandas.

4. PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL

Lihat kelakuan anak, apakah dia tidak selesa memakai lampin pakai buang? Atau mungkin suka bersendirian ketika membuang air. Itu tandanya anak kita sudah bersedia berdikari ke tandas.

Apabila sudah bersedia sepenuhnya, barulah mulakan latihan potty di tandas. Berikut tip latihan potty. Tetapi pastikan dulu belikan potty yang sesuai dengan fizikal anak. Boleh dapatkan di kedai barangan bayi.


TIP LATIH ANAK GUNA POTTY 

1. KENAL PASTI MASA 

Lihat rutin masa bilakah anak biasa buang air, misalnya, setiap pagi atau selepas makan.

2. LATIH DUDUK ATAS POTTY

Latihan seawal usia 2 tahun akan membantu anak kita mudah belajar buang air menggunakan potty.

3. BERI GALAKAN

Ketika anak duduk atas potty, beri galakan kepada dia dengan perkataan yang biasa digunakan. Seperti shiiiih… atau poo…

4. TINGGALKAN ANAK

Tinggalkan anak kita di potty hingga dia selesai buang air. Jika tidak buang air, kanak-kanak tidak harus dibiarkan duduk atau ditinggalkan lebih 10 minit.

 5. BERI PUJIAN

Selepas anak berjaya buang air, berikan pujian seperti tepuk tangan atau cium dia.

6. JANGAN PAKSA

Jika anak tidak buang air ketika melakukan latihan potty, jangan paksa atau hukum dia. Jangan sesekali marah atau mengkritik dia.

SUMBER: MyHealth.gov.my

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda