BOLEH atau tidak saya cabut gigi ketika hamil? Tahukah anda? Gigi adalah bahagian yang paling terdedah dan senang diserang oleh bakteria dan kuman. Lagi-lagi apabila anda sedang hamil.

Jadi para ibu sekalian, jom baca jawapan dari doktor, adakah untuk cabut gigi semasa hamil anda atau tidak.

Puan A: Doktor sakit gigi saya. Takleh makan. Rasa dah bagi penampar je.

Doktor: Puan hamil ye. Dah berapa bulan ye. Saya periksa gigi dulu ye.

Puan AAha doktor saya hamil.

Doktor: Ok. Dah berapa bulan ya?

Puan A: 3 bulan doktor. Bolehkah saya cabut gigi doktor?

Doktor: Oh, sakit jadi mahu cabutlah.

BACA>>>> Bengkak Kaki Normal Ketika Hamil Tapi Jangan Ambil Lewa Mungkin Tanda Penyakit Serius!

JADI, BOLEH ATAU TIDAK CABUT GIGI SEMASA HAMIL?

Jawapannya sangat boleh tetapi tidak digalakkan. Persoalan yang betul adalah bila waktu yang sesuai untuk saya cabut gigi sewaktu saya mengandung?

  • Kebiasaannya ibu mengandung tidak digalakkan untuk mencabut gigi semasa trimester pertama.
  • Yakni dari bulan pertama mengandung sehingga bulan ketiga. Ini kerana kandungan masih baru.
  • Semasa 3 bulan pertama pembentukan organ-organ dan bahagian muka keseluruhannya. Fasa kritikal adalah apabila kandungan berusia 5-8 minggu. Fasa pembahagian sel fetus.
  • Begitu juga bila kandungan di trimester ketiga (7-9 bulan) kerana bimbang kelahiran pramatang.
  • Semasa trimester ketiga ibu agak sukar untuk bergerak dan baring di kerusi pergigian. Boleh berlaku supine hypotension syndrome kepada ibu di mana ibu baring dan berada dalam keadaan tidak selesa. Tekanan darah menjadi rendah disebabkan baring.
  • Kebiasaannya waktu yang paling sesuai untuk mencabut gigi adalah sewaktu trimester kedua (4-6 bulan). Kebiasaannya ini yang kami syorkan. Hanya kes yang amat perlu kami lakukan, kalau tidak kami nasihatkan untuk lakukan selepas kelahiran bayi.

TIP MUDAH UNTUK IBU MENGANDUNG

  1. Semasa mengandung wajib ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan, mesti memberitahu doktor bahawa kita mengandung.
  2. Setiap kali selepas makan atau muntah hendaklah berkumur-kumur atau minum air masak bukan air manis.
  3. Kurangkan minum minuman bergas atau asam-asam kerana ia menghasilkan asid dan membuatkan gigi cepat haus dan sensitif.
  4. Penyakit gigi boleh dicegah. Pencegahan sangat murah. Bila kita sakit, rawatan itu yang mahal.

BACA>>>>  Jangkitan Awal Kehamilan Boleh Jejas Kesihatan Bayi dalam Kandungan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda