SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam satu tali air di Kampung Limau Nipis, Melawi semalam ditemui mati lemas setengah jam kemudian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang, mangsa, Nurhasnita Saupi dikatakan bermain-main di tepi tali air tersebut yang terletak berhampiran rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.57 petang dan menemui mangsa kira-kira jam 5.30 petang.

BACA>>>> 25 Bayi Lahir Tanpa Tangan, Perancis Kini Siasat Fenomena Kejadian Misteri Ini

DIJUMPAI TERAPUNG

Katanya, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari.

“Difahamkan mangsa bermain di kawasan air dan dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

BACA>>>> Kecewa Tidak Dapat Anak Lelaki, Bapa Buang Bayi Perempuan Baru Lahir Dalam Gaung

SUMBER: BHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda