BUAT para ibu yang sedang mengandung sekarang, khususnya yang pertama kali bakal melahirkan, mesti rasa berdebar bukan?

Memang rasa takut, kita pun tidak tahu apa yang bakal dilalui semasa proses bersalin nanti. Bila tiba masanya ketika bersalin tu, rupanya ada tip untuk para ibu mudah bersalin tanpa koyakan!

Perkongsian ini berdasarkan pengalaman ‘Kak Iti’, khas buat ibu yang sedang hamil dan bakal bersalin.

TIP MUDAH BERSALIN TANPA KOYAKAN

1. PUSING SATU MALL

Pernah terdetik dalam hati. Betul atau tidak boleh menjadi? Alhamdulillah, bagi yang suka jamu mata di shopping complex. Sesuai sangat amal berjalan banyak. Tapi ingat, berhenti bila ada rasa sakit.

2. DOWNLOAD APLIKASI CONTRACTION TIMER

Aplikasi ini bantu untuk memudahkan kira masa kontraksi. Nurse akan tanya bila kita pergi hospital. Sama ada sakit selang 20 minit sekali atau 10 minit. Aplikasi ini juga boleh bantu kita bezakan kontraksi sebenar atau palsu.

3. AIR SELUSUH

Beli air zamzam dan minta suami bacakan. Sapu dan minum di dalam dewan bersalin selepas bukaan 10 cm. Jangan minum awal nanti kena marah dengan nurse.

BACA>>>> 3 Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudahkan Proses Bersalin

4. DOA NABI YUNUS

” Lahailla anta subhanaka inni kuntu minnazalimin “. Bila sakit sangat, minta suami bacakan di telinga. Walaupun taidak dapat baca di mulut, boleh baca di dalam hati.

Baca doa pemudah:

5. PASTIKAN MAKAN 

Makan telur rebus atau separuh masak sebelum ke hospital. Jangan sesekali biarkan perut kosong. Seperti semua sedia maklum, bersalin memang memerlukan tenaga yang banyak. Macam mana hendak meneran kalau tiada tenaga?

6. MENGIRING

Jika bukaan belum 10 cm tapi rasa sakit macam hendak teran. Kawal pernafasan dan duduk dalam keadaan mengiring. Bila sudah mengiring boleh la meneran jika sakit menyerang. Ingat mengiring ya, bukan dalam keadaan terlentang. Takut koyakan berlaku. Ini nurse yang ajar.

7. POSITIFKAN DIRI

Biarpun rasa letih dan tidak bertenaga untuk teruskan, positifkan diri. Cakap pada diri, Aku boleh!! Sikit je lagi ni!

8. TEKNIK PERNAFASAN 

Meneran dalam kiraan 1 hingga 10. Ambil nafas dan teran bila sakit. Minta sokongan suami atau ibu.

9. PENTING

Jangan sesekali angkat punggung semasa meneran. Ini penting untuk mengelakkan koyakan. Tip, pegang kaki dan tengok perut.

Itu sahaja tip dari Kak Iti. Maklum la sudah dekat hari bersalin, perasaan pun sudah bercampur baur. Semoga urusan bersalin ibu semua dipermudahkan. Sakit itu penghapus dosa.

BACA>>>> 9 Tip Legakan Rasa Sakit Saat Bersalin

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda