KULIT licin dan gebu menjadi idaman setiap wanita! Bukan sekadar golongan muda, bahkan wanita berusia juga boleh bergaya. Usia tidak menghalang seseorang untuk tampil menarik dan cantik asal kena pada caranya.

Untuk anda yang mengalami masalah bintik hitam, cuba petua yang diamalkan oleh seorang wanita berusia 43 tahun. Dia hanya menyapu campuran 3 jenis bahan semulajadi selama beberapa minggu dan wajahnya kembali mulus, gebu dan cerah berseri.

RAHSIA KULIT GEBU

Rahsianya mudah sahaja, dengan campuran halia segar, cuka dan madu, wajah serta masalah bintik hitam yang ada akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Wajah kembali gebu dan licin, siapa yang tidak mahu bukan?

BACA>>>> Jejaka Ini Kongsi Tip Dapatkan Wajah Cantik dengan Amal ‘Mask Kunyit’

BAHAN-BAHAN;

  • Halia segar dipotong nipis
  • Sedikit cuka
  • Sedikit madu

CARA PENYEDIAAN;

1. Cuci halia hingga bersih. Masukkan dalam satu balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut.

2. Simpan balang tersebut ke dalam peti sejuk selama satu hari.

3. Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan masukkan madu secukupnya dan gaul hingga sebati. Tunggu 30 minit.

4. Ambil potongan halia itu dan usap pada bahagian wajah yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit dan bilas dengan air suam panas.

Inilah masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi yang patut dicuba. Hasilnya dapat membantu kulit menjadi putih, gebu, cerah dan mulus tau. Jika mempunyai kulit muka yang sensitif, disarankan mendapat rujukan doktor terlebih dahulu.

INFO PENTING

Gambar sekadar hiasan

Ingat, untuk mengelakkan daripada bintik hitam muncul, pastikan anda gunakan pelembap muka dan juga pelindung suria (sunblock). Jika kerap berjemur atau terpaksa bekerja pada cuaca panas, pakai topi atau apa-apa yang boleh melindungi muka daripada terkena pancaran sinar matahari yang terik.

BACA>>>> Tip Kecantikan: Amalkan Minum Jus Pegaga Untuk Kulit Lebih Tegang dan Anjal

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda