MEMANG betul perkembangan setiap anak berbeza, misalnya kemampuan merangkak dan berjalan. Namun, tidak salah sekiranya kita mahu merangsang proses perkembangan anak supaya lebih cepat.

Daripada asyik bersusah hati mengenangkan kenapa anak lambat merangkak, baik kita sendiri cuba alternatif yang ada untuk merangsang pergerakanya. Caranya tidak susah pun, mari ikut tip di bawah ini:

1. AJAR TIARAP AWAL 

Ajar anak tiarap seawal dua bulan. Kadangkala ada anak yang sudah pandai meniarap sendiri pada usia ini. Langkah ini secara tidak langsung menggalakkan anak untuk merangkak. Apabila meniarap, dia akan cuba mengangkat kepala dan menggunakan perut untuk mula bergerak.

2. JANGAN GUNA BANTUAN 

Hari ini banyak sangat peralatan bantuan untuk bayi berjalan selain baby walker. Cuba elak gunakan peralatan itu. Biarkan saja anak begerak bebas di ruang luas supaya dia boleh meneroka ruang itu. Gunakan tikar main (play mate) sebagai alas lantai. Belilah yang berkualiti dan selamat untuk bayi.

3. LETAK MAINAN

Walaupun kita meletakkan anak di tempat luas, tetapi mereka mungkin tidak tertarik untuk bergerak. Cuba umpan anak dengan meletakkan mainan di depan supaya dia berusaha untuk mencapai mainan itu. Apabila anak sudah dapat capai, beri dia pujian.

4. TUNJUK CARA

Anak kita yang masih kecil tidak tahu lagi cara merangkak. Jadi,tidak salah kita pun merangkak sama supaya anak dapat meniru gaya kita.

5. JANGAN PAKSA

Kemampuan setiap bayi adalah berbeza. Biarkan saja anak menempuhi fasa merangkak secara normal, jangan terlalu memaksa anak terus berjalan. Biarkan dia merangkak dengan gembira tanpa tertekan.

6. SENAMAN

Stimulasi yang dilakukan ke atas anak kadangkala tidak mencukupi untuk merangsang dia merangkak. Jadi, kita kena tambah dengan latihan fisioterapi dan juga senaman. Ini boleh dilakukan atas nasihat doktor.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda