DI LUAR rumah, terutama ketika sedang menikmati makanan di restoran, melayan anak tantrum (meragam) memang boleh mendatangkan amarah dan menguji kesabaran. Makin dipujuk, makin menjadi-jadi amukannya.

Ada anak siap mencampakkan makanan dalam pinggan. Ada yang sampai terjerit terlolong yang pasti mengganggu ketenteraman awam dan mengundang malu. Mungkin tip di bawah ini sedikit sebanyak dapat mengawal anak tantrum di luar rumah.

Apa yang penting, mesti sabar!

1. TUNJUK BAHAWA KITA FAHAM 

Biarkan dia rasa yang kita faham perasaannya. Pujuk lembut dan tanya kepada dia, apakah yang dia mahu atau kenapa dia buat macam itu?. Pastikan pujukan kita dapat mengurangkan tindak balas tantrum.

2. KELUARKAN BARANG MAINAN

Setiap ibu pasti membawa barang mainan anak dalam beg. Keluarkan mainan itu ketika dia mula buat perangai. Jika terlupa bawa mainan, keluarkan apa saja yang boleh dijadikan bahan mainan untuk anak kita. Mungkin kita boleh buatkan kapal daripada tisu, berikan rantai kunci atau sebagainya.

3. BELIKAN AISKRIM ATAU MAINAN

Sesekali dalam situasi ini, tidak salah jika kita belikan anak aiskrim atau mainan. Mungkin trik ini berkesan menenangkan tantrum anak hingga kita selesai makan. Tetapi jangan pula lupa belikan aiskrim yang dijanjikan itu sebelum pulang rumah.

4. BAWA ANAK KELUAR SEBENTAR

Jika anak kita masih dalam tantrum dan semakin menjadi-jadi, apa kata keluarkan anak kita dari kedai makan tersebut. Bawa dia berjalan-jalan. Apabila mood sudah elok, barulaj bawa masuk dan sambung makan.

5. BAWA BALIK RUMAH

Walaupun sudah mempraktikkan semua tip di atas, tetapi anak masih tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku. Tiada ada pilihan lain melainkan bawa anak pulang ke rumah secepat mungkin.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda