KENCING kotor ketika hamil merupakan satu perkara yang serius berbanding jika ia berlaku semasa waktu biasa (ketika tidak hamil). Mengikut statistik, 10 peratus ibu hamil cenderung mengalami masalah ini ketika hamil.

Secara umumnya, ia bukanlah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

APA ITU KENCING KOTOR?

Kencing kotor adalah urinary tract infection. Ia merupakan jangkitan kuman contohnya E.Coli pada saluran kencing, ginjal, pundi kencing, ureter dan urethra.

TANDA-TANDA 

Masalah ini boleh diatasi dengan mudah dan cepat sekiranya ia dikesan awal. Oleh itu, sekiranya berhadapan dengan tanda-tanda ini, cepat-cepatlah pergi membuat pemeriksaan di klinik.

  • Buang air kecil tidak lawas
  • Kerap buang air kecil tapi sedikit-sedikit
  • Rasa pedih seperti terbakar ketika buang air kecil
  • Kencing berdarah demam
  • Rasa keletihan
  • Kontraksi berlaku awal
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Warna air kencing yang keruh atau disertai dengan
  • Bau air kencing yang luarbiasa
  • Demam, loya, atau muntah

BACA>>>> Basuh Faraj Dengan Air Garam Cara Semulajadi Jaga Peranakkan Agar Mudah Hamil

KENAPA IBU HAMIL MUDAH TERKENA?

  • Saluran kencing yang lebih pendek berbanding lelaki.
  • Perubahan hormon selepas hamil menyebabkan otot saluran kencing menjadi kurang efisyen.
  • Tekanan rahim yang membesar pada salur kencing menyebabkan urin tidak keluar sepenuhnya.
  • Air kencing lebih berasid memudahkan kuman untuk membiak.

KESAN KENCING KOTOR PADA IBU HAMIL

  • Kerosakan buah pinggang yang boleh menyebabkan kematian.
  • Boleh bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan.
  • Risiko melahirkan bayi pra-matang.
  • Bayi kurang berat badan.

ADAKAH KENCING KOTOR AKAN BERI KESAN PADA BAYI DALAM KANDUNGAN?

Sekiranya tidak dirawat seawal mungkin, ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian ginjal / buah pinggang. Jangkitan pada buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat.

Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian air kencingSekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

RAWATAN UNTUK IBU HAMIL

Kencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan antibiotik. Selalunya, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 3 ke7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah selamat untuk bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, atau kontraksi, pastikan anda memberitahu doktor tentangnya.

SUMBERParents.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda