“SAYA ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”

Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawa berbincang dengan teliti dengan doktor anda.

Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)

Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.

Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ini:

  • Kenapa buat caesar yang terdahulunya?
  • Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?
  • Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?
  • Jenis potongan dibuat pada rahim?
  • Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?
  • Kandungan sekarang ini ada masalah atau apa apa komplikasi
  • Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dengan setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.

BACA>>> Tali Pusat Bayi Terbelit di Leher, Boleh atau Tidak Bersalin Normal?

Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa caesar itu) untuk membolehkan keputusan untuk melahirkan secara normal atau tidak itu dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ini biasanya dibekalkan/diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.

Ibu-ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34-36 minggu. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Lepas 1 pembedahan caesar, 3 dari 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah BOLEH bersalin normal.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGGIKAN KEJAYAAN BERSALIN NORMAL?

  • Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita).
  • Sakit bersalin tu datang secara semulajadi
  • BMI ibu kurang 30

KELEBIHAN BERSALIN SECARA NORMAL LEPAS 1 PEMBEDAHAN CEASAREAN

  • Komplikasi dibandingkan dengan caesar sangat KURANG
  • Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
  • Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
  • Duduk hospital pun sekejap saja
  • Senang nak mulakan breastfeeding
  • Risiko-risiko operation dapat dielakkan
  • Baby kurang risiko dapat masalah pernafasan

KEBURUKAN BERSALIN NORMAL LEPAS ADA 1 PEMBEDAHAN CEASAREAN

  • Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan membawa risiko yang lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.
  • Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
  • Mungkin ada koyakkan yang teruk pada vagina.

KEADAAN TIDAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL SELEPAS ADA PEMBEDAHAN CEASAREAN

  • Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean
  • Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya
  • Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical lscs)
  • Kehamilan sekarang ada masalah dan tidak sesuai untuk bersalin normal

BACA>>> Kenapa Bersalin Caesarean hanya Dibenarkan 3 Kali?

KELEBIHAN BERSALIN SECARA ERCS

  • Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1,000
  • Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.

KEBURUKAN BERSALIN SELEPAS ERCS

  • Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah buat sebelum ni.
  • Jangkitan kuman
  • Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism
  • Nak pulih mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra di rumah
  • Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy memang akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim (placenta accreta). Kalau berlaku, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yang dilakukan lagi tinggi risikonya.
  • Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100
  • Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap. 5 dalam 100 bayi yang lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan, jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yang lahir secara normal.
  • Kalau bayi yang lahir secara caesar lebih awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.

Maka sudah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tumpukan perhatian, bukan main whatApps. Doktor tidak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide itu anda sendiri.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda