DEK kerana kesibukan ibu dalam menguruskan hal rumah dan pekerjaan, ramai ibu menyediakan makanan keluarga terutamanya bayi lebih awal dalam kuantiti yang banyak dan boleh dimakan pada sebelah malam dengan memanaskan semula makanan mereka.

Tetapi, adakah kita boleh memberikan makanan tersebut dan diberikan pada bayi? Adakah ia memberikan kesan kepada anak? Dan apakah tip yang betul perlu dilakukan untuk memastikan makanan yang dipanaskan itu selamat.

Mari baca penerangannya di bawah:-

BOLEHKAH MAKANAN BAYI DIPANASKAN SEMULA?

Kita boleh saja memanaskan makanan bayi semula dan ianya selamat di makan oleh bayi. Ada orang tua-tua dahulu berpendapat memanaskan semula makanan bayi boleh memudahkan proses pencernaan makanan dan menghilangkan bakteria yang mungkin terdapat dalam makanan tersebut.

Bagaimanapun, ia bergantung dengan cara penyediaan dan penyimpanan agar makanan kekal bersih dan selamat di makan.

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MAKANAN BAYI DIPANASKAN SEMULA?

Makanan bayi boleh saja dipanaskan beberapa minit sebelum diberikan kepada bayi kita. Tetapi, ia bergantung kepada jenis makanan yang ingin dipanaskan. Sama ada ia lebih sedap dinikmati dalam keadaan panas-panas, suam mahupun sejuk. Contohnya sup dan bubur.

BACA>>> Positif dan Negatif tentang Coklat, Bolehkah Beri Bayi Makan?

TIP MEMANASKAN MAKANAN BAYI

Walaupun memanaskan makanan tidak membahayakan anak tetapi kita perlu memastikan cara memanaskan makanan itu adalah selamat atau tidak. Hal ini perlu diperhatikan bagi memastikan kualiti makanan tetap terjaga.

1. JANGAN PANASKAN DALAM KEADAAN BEKU

Pastikan makanan yang ingin dipanaskan tidak dalam keadaan beku, tunggulah hingga makanan cair terlebih dahulu sebelum dipanaskan di ketuhar mahupun periuk. Jika memanaskan makanan di ketuhar, lebih elok jika makanan ditutup dan tidak terlalu lama.

2. PASTIKAN MAKANAN TIDAK TERLALU PANAS

Pastikan makanan yang dipanaskan sudah panas sempurna. Biarkan makanan di luar dalam suhu bilik sebelum diberikan kepada bayi. Kita boleh mengaulkan makanan agar dapat menyejukkan makanan dengan lebih cepat.

3. JANGAN PANASKAN MAKANAN LEBIH 1 KALI

Adalah lebih elok jika kita tidak memanaskan makanan bayi lebih 1 kali. Bagi memudahkan kita, bahagikan makanan anak kepada beberapa bahagian dan hanya panaskan makanan apabila diperlukan. Makanan yang telah dipanaskan perlu dibuang walaupun tidak habis.

BACA>>> Apa Makanan yang Boleh Diberi Untuk Bayi Usia 6 Hingga 12 Bulan?

4. JANGAN SIMPAN MAKANAN BAYI TERLALU LAMA

Maksimum kita boleh simpan makanan bayi yang sudah di masak di dalam peti sejuk hanya 2 hari. Bagaimanapun, sebelum dipanaskan pastikan makanan yang disimpan itu tidak berubah warna dan baunya walaupun belum sampai 2 hari.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda