KITA selalu anggap kanak-kanak tidak mengidap penyakit gastrik. Tanggapan itu nyata SALAH! Kalau gastrik dialami orang dewasa dewasa seringkali dikaitkan dengan stres, tabiat buruk merokok, minum arak, mengambil ubat-ubatan tertentu dan akibat jangkita bakteria, tetapi bagaimanakah pula kanak-kanak?

BAGAIMANAKAH KANAK-KANAK KENA GASTRIK?

  • Kanak-kanak boleh dapat gastrik sekiranya tidak mengambil makanan secara tetap. Misalnya, tidak bersarapan kerana pagi ialah masa makan paling penting.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu.
  • Dijangkiti bakteria Helicobacter Pylori.
  • Penyakit radang usus boleh menyerang kanak-kanak sama seperti orang dewasa.

AWASI TANDA-TANDA INI!

  1. Anak sakit berguling
  2. Melalak
  3. Muntah
  4. Cirit berdarah
  5. Ruam pada badan dan kaki
  6. Badan bengkak

Jika berlaku tanda-tanda seperti di atas, segera bawa ke doktor untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

PEMERIKSAAN FIZIKAL

Secara am, jika tempat sakit terletak di bahagian tengah perut, kemungkinan besar ia bukan penyakit serius. Bagaimanapun, selain pemeriksaan perut, doktor akan periksa anggota tubuh lain untuk mencari petunjuk sebab anak sakit.

Selepas pemeriksaan fizikal, pemeriksaan lebih teliti diperlukan bergantung pada masalah kesihatan anak. Misalnya pemeriksaan ultrabunyi ke atas perut dibuat untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah terhadap organ dalaman abdomen.

APA PATUT SAYA BUAT JIKA SAKIT ANAK MASIH TIDAK HILANG?

  • Sekiranya sakit tidak hilang dan pemeriksaan ultrabunyi abdomen tidak menunjukkan apa-apa masalah, lakukan ujian darah, najis dan air kencing.
  • Sekiranya ada perkara tidak normal menerusi ujian darah, najis dan air kencing, lakukan pemeriksaan endoskopi. Cara ini dapat memeriksa permukaan dalaman usus anak.

SUMBER: DoktorBudak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda