MENDAKI gunung mahupun bukit merupakan trend atau aktiviti yang semakin popular di negara ini sejak beberapa tahun. Minat pada aktiviti ini sememangnya baik pada kesihatan pendaki.

Namun, jika pendaki itu berhadapan dengan masalah kesihatan terutamanya hamil dan masih tetap meneruskan minatnya. Apa perlu anda lakukan? Persoalannya adakah ia selamat dan bolehkan ibu hamil mendaki?

Berikut adalah penjelasan dan panduan yang bermanfaat buat ibu hamil yang masih tetap mahu mendaki.

BACA>>> Nak Bawa Anak Hiking? Ini Tip Penting Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

SELAMATKAH IBU HAMIL MENDAKI GUNUNG

Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sihat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari.

Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. Wanita yang sihat dan biasa melakukan akitiviti ini semenjak remaja mungkin tidak mengalami sebarang masalah walaupun sedang hamil.

Cuma dibimbangi kecederaan seperti terjatuh atau terseliuh boleh mengganggu kehamilan.

Bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan semasa hamil seperti tekanan darah tinggi atau diabetes semasa hamil atau placenta previa, saya nasihatkan agar tidak mendaki bukit. Ini kerana risiko kemudaratannya lebih tinggi.

Banyak pendapat yang menasihat sama ada wanita itu ada masa kesihatan semasa hamil atau pun tidak, agar tidak melakukannya sewaktu hamil.

KENAPA MENDAKI BAHAYA PADA IBU HAMIL

Pada ketinggian tertentu, kadar oksigen akan berkurang. Ini akan mereka akan berasa cepat penat dan mengalami masalah sukar bernafas.

Apatah lagi aktiviti mendaki itu sendiri memerlukan tenaga dan oksigen yang banyak. Sudah tentu bayi dalam rahim akan mengalami masalah apabila tidak mendapat cukup oksigen yang sepatutnya dibekalkan oleh ibu mereka.

JIKA TETAP MAHU NAIK, APA PERLU BUAT?

Namun, jika tuan mempunyai hajat besar untuk mendaki bukit dan tidak boleh bertanggung lagi, saya menasihatkan agar pendakian itu tidak melebih 2,500 meter ketinggian dari paras laut.

Semakin tinggi pendakian, semakin nipis kandungan oksigen dalam udara, ditambah lagi dengan rasa penat mendaki, boleh memberikan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam rahem.

TETAPI… AWASI TANDA-TANDA BAHAYA INI

Jika mengalami tanda-tanda seperti pening, sukar bernafas, sakit kepala atau pergerakan bayi dalam rahim semakin kurang, ini bermakna wanita yang hamil itu sedang mengalami masalah berkaitan kehamilannya. Anak dalam rahim juga mungkin sedang mengalami masalah yang sama.

Mereka harus cepat turun untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Kita tidak boleh membanding wanita hamil yang tinggal di kawasan yang tinggi kerana mereka mengadaptasi suasana tahap oksiden yang rendah kerana telah bertahun-tahun tinggal di situ.

BACA>>> 7 Manfaat Ibu Hamil Bersenam, Termasuk Pantang Larang Senaman

6 TIP MENDAKI BUAT IBU HAMIL

1. JANGAN PAKSA DIRI

Apa yang penting ialah tahu batasan ketika mendaki. Jangan memaksa diri. Pastikan diri benar-benar sihat dan fit sebeLum mendaki bukit yang tinggi. Berhati-hati agar tidak jatuh ketika melalui jalan sempit yang licin.

2. JANGAN BAWA BARANG BERAT

Jangan membawa bersama barangan yang berat. Ketika hamil, mereka sudah membawa berat tambahan sehingga 5 kg atau lebih berupa berat bayi, uri dan air ketuban.

3. BEREHAT JIKA PENAT

Berehatlah jika penat mendaki di pertengahan jalan. Ini kerana wanita hamil memerlukan banyak oksigen dan biasanya rasa lebih mudah penat. Tanda kepenatan yang melampau ialah apabila mereka tidak dapat bertutur dengan ayat yang penuh tanpa berasa tercungap-cungap.

4. BAWA MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENCUKUPI

Bawa makanan dan air minum dari yang secukupnya kerana wanita hamil akan berasa mudah lapar. Apabila berpeluh, lebih banyak kehilangan mineral dan harus diganti segera dengan minum air mineral.

5. GUNA PERALATAN MENDAKI YANG SESUAI

Gunakan peralatan pendakian yang sesuai seperti bra, sepatu, pakaian dan juga perlatan tambahan seperti “tracking pole”. “Tracking pole” akan membantu terutama apabila mendaki bukit yang curam bagi mengelakkan terjatuh.

6. BUAT PEMERIKSAAN DOKTOR TERLEBIH DAHULU

Jangan lupa buat pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor yang merawat sebelum mendaki.

Semoga bermanfaat.

SUMBER: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda