BUAH naga sememangnya terkenal dengan khasiat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Rasanya yang manis dan kadangkala masam bergantung kepada jenisnya menjadi pilihan ramai.

Bagaimanapun, ada ibu bapa yang keliru sama ada buah naga ini boleh diberikan kepada bayi yang baru mula makan pejal di awal usia 6 bulan.

Untuk mendapatkan penjelasan, berikut adalah penjelasan tentang khasiat buah naga kepada bayi dan kanak-kanak. Semoga Bermanfaat.

BACA>>> Infografik: 9 Resepi Puri Buah Sedap Buat Bayi Berumur 6 Bulan Ke Atas

Bayi pada usia 6 bulan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan selain susu ibu. Bagaimanapun, ibu disarankan untuk tidak berhenti memberikan susu ibu pada bayi hingga berusia 2 tahun.

Bagi tahap ini, ibu boleh memulakan rutin makanan bayi dengan memberikan makanan yang lembut,halus dan cair seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah dengan sayur dikisar.

Buah naga boleh diberikan pada bayi tetapi haruslah dikisar dan cair tetapi jangan diberikan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Setakat ini, tidak ada journal kajian yang mengatakan bahawa pengambilan buah ini dalam kuantiti sedikit memberi kesan bahaya kepada bayi dan kanak-kanak.

Buah ini mengandungi serat, vitamin, mineral dan protein yang baik untuk meningkatkan kekebalan tubuh (daya tahan melawan penyakit) dan menjaga metabolisme badan.

KEBAIKAN BUAH NAGA KEPADA KESIHATAN BAYI

1. Mengandungi Banyak Air – Salah satu buah yang mempunyai kandungan air banyak hingga boleh mengelakan dehidrasi pada bayi jika diambil.

2. Kandungan Mineral seperti kalsium, magnesium dan fostor. Ambil dalam kuantiti yang sederhana dan jangan berlebihan.

3. Kandungan Serat – Tidak menimbulkan gangguan pencernaan. Oleh kerana memiliki tekstur yang lembut, buah ini jika dikisar mudah ditelan dan dicerna. Bijinya juga tidak berbahaya.

4. Kandungi Vitamin – Mengandungi Vitamin B1, B3 dan C yang baik untuk tumbesaran dan kesihatan bayi.

BACA>>> Apa Makanan yang Boleh Diberi Untuk Bayi Usia 6 Hingga 12 Bulan?

CARA MEMBUAT BUAH NAGA UNTUK BAYI

  • 200ml air atau susu ibu.
  • 1 biji buah naga (50 gram) dan potong kecil.
  • Kisar halus dan campur dengan susu ibu atau air.
  • Siap dihidangkan untuk bayi.

Pengambilan buah ini disarankan dalam kuantiti sederhana bergantung kepada umur bayi. Anda boleh memberikan bayi seminggu sekali. Bagaimanapun, jika anak anda mengalami masalah pencernaan minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan apa sahaja jus buah-buahan.

SUMBER: DrZubaidi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda