ZAMAN moden hari ini, ramai ibu bapa sudah memasang unit penyaman udara dalam rumah atau bilik tidur. Jadi, anak baru lahir pun menumpang sama keselesaan dirasakan ibu bapanya.

Persoalannya, adakah mendedahkan anak dengan penyaman udara sejak bayi akan membuatkan dia tidak tahan dengan cuaca panas? Tahukah anda membiasakan anak dengan penyaman udara sebenarnya tidak elok untuk bayi dan kanak-kanak?

Mari baca perkongsian Dr Zubaidi Ahmad dalam laman sosial Facebook yang menjawap kemusykilan ibu bapa tentang penyaman udara.

Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


PENDINGIN HAWA DAN BAYI

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, Dr Zubaidi.

Saya ingin bertanya beberapa soalan.

SOALAN 1

Adakah bayi yang berumur setahun ke bawah boleh berada dalam dingin penyaman udara yang bersuhu antara 27-30ºC memandangkan cuaca panas?

JAWAPAN: Boleh letak bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Bagi memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah guna formula: Suhu luar rumah tolak 5ºC.


SOALAN 2

Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu penyaman udara, adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung dan paru-paru bayi?

JAWAPAN: Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi bawah setahun. Jika tidur, pastikan bayi memakai baju yang agak tebal.

Namun saya tidak menggalakkan penggunaan penyaman udara terlalu lama. Jika bilik terlalu panas, puan boleh buka penghawa dingin untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan kipas untuk melancarkan pengudaraan dalam bilik.


SOALAN 3

Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas baik untuk bayi?

JAWAPAN: Membiarkan bayi berpeluh bukanlah sesuatu yang baik. Bayi puan tidak akan selesa. Dia mungkin mengalami ruam teruk. Bayi banyak berpeluh ketika tidur mungkin disebabkan suhu bilik yang panas. Bukalah kipas atau gunakan penyaman udara buat sementara waktu.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda