Pedih ulu hati biasanya berlaku pada orang dewasa terutamanya selepas makan hidangan dalam kuantiti banyak atau pedas. Namun, bayi dan kanak-kanak juga boleh mengalami rasa terbakar atau ketidakselesaaan di bahagian dada.

Menurut beberapa anggaran, kira-kira 2 peratus kanak-kanak berusia 3 hingga 9 tahun dan 5 kanak-kanak berusia 10 hinggan 17 tahun mengalami pedih ulu hati. Simptom ini juga boleh bermula pada usia bayi.

BACA>>> Bolehkah Kanak-Kanak Kena Penyakit Gastrik?

Masalah ini juga boleh dihadapi oleh kanak-kanak dan juga bayi. Menurut kajian daripada National Digestive Disease Infromation Clearinghouse (NDDIC), majoriti daripada bayi yang kurang daripada 3 bulan ke bahawa akan mengalami masalah asid refluks ini.

APAKAH PUNCA MASALAH INI?

Pedih ulu hati pada bayi dan kanak-kanak biasanya merupakan tanda refluks gastroesofagus yang juga dikenali sebgai GERD.

Biasanya keadaan ini berlaku apabila asid perut naik ke esofagus (tiub yang menghubungkan mulut ke perut). Terdapat otot di bahagian bawah esofagus iaitu lower esophageal sphincter (LES) yang biasanya memelihara asid dalam perut.

Tetapi, jika LES melegakannya terlalu banyak, asid perut yang keras boleh naik dan merengsakan lapisan halus esofagus. Keadaan ini menyebabkan pedih ulu hati dan simptom lain.

Bagi bayi punca pedih ulu hati biasanya disebabkan saluran pencernaan yang tidak matang. Manakala, bagi kanak-kanak, risikonya adalah berat badan berlebihan, pendedahan kepada asap rokok dan jenis makanan tertentu seperti makanan pedas. Kanak-kanak mempunyai keadaan neurologi seperti cerebral palsy juga berisiko tinggi mendapat pedih ulu hati.

TANDA BAYI DAN KANAK-KANAK MENGALAMI GERD

  • Menangis secara berterusan
  • Bayi kelihatan tidak selesa dan asyik merengek
  • Kurang menyusu
  • Asyik batuk
  • Badan bayi melengkung kebelakangan selepas selesai menyusu.

Muntah ataupun muak (muntah yang sedikit) mungkin adalah suatu yang normal bagi bayi tersebut. Tetapi perlu diperhatikan tanda-tanda lain yang menunjukkan keadaan pesakit semakin teruk ataupun tidak.

AWASI TANDA BAHAYA INI JIKA MENGALAMI GERD

  • Berat bayi tidak bertambah ataupun berkurangan
  • Tidak mahu menyusu
  • Bernafas dengan laju
  • Muntah dengan kuantiti banyak
  • Muntah berwarna hitam atau coklat

APAKAH KOMPLIKASI GERD

Komplikasi boleh berlaku jika bayi dan kanak-kanak mengalami masalah ini secara berterusan hingga menyebabkan:-

  • Masalah pernafasan (jika kandungan perut memasuki trakea, paru-paru atau hidung)
  • Kemerahan dan kerengsaan di esophagus, keadaan yang dipanggil esophagitis
  • Pendarahan di kerongkong
  • Tisu parut di esophagus, yang menyebabkan kesukaran menelan

Komplikasi ini boleh menyebabkan kesakitan ketika makan hingga mengganggu pemakanan yang betul. Jadi, jika anak anda tidak mendapat berat badan seperti yang dijangkakan atau kehilangan berat badan, penting untuk berbincang dengan doktor anda.

BACA>>> Makan Coklat Rangsang Minda Anak, Bilakah Masa Terbaik Beri Dia Makan?

BAGAIMANA MENGENALPASTI GERD PADA BAYI DAN KANAK-KANAK?

Memang diakui sukar untuk mendiagnosis masalah ini pada mereka kerana tidak tahu mengenalpasti simptomnya. Bagaimanapun, jika anda melihat anak anda menunjukkan tanda simptom di atas segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

Antara ujian yang mungkin dilakukan adalah:-

  • Suntikan atas GI (gastrousus) – Setelah anak anda minum cecair kapur yang mengandungi bahan kontras (barium), sinar-X akan diambil dari esofagus, perut, dan sebahagian usus.
  • Endoskopi – Ketika kanak-kanak sedang dibius, tiub fleksibel dengan kamera dimasukkan melalui mulut ke dalam esofagus dan perut. Ia membolehkan doktor melihat kawasan berkenaan dan mengeluarkan sampel tisu (biopsi) jika perlu.
  • Probe pH esophageal – Doktor memasukkan tiub fleksibel nipis melalui hidung kanak-kanak dan masuk ke esofagus untuk menguji tahap asid di esofagus.
  • Kajian pengosongan gastrik – Selepas anak anda meminum susu yang mengandungi bahan radioaktif khas, doktor menggunakan kamera untuk melihat bahan bergerak melalui saluran pencernaan.

APAKAH GERD BOLEH DIRAWAT?

Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada usia kanak-kanak dan punca berlakunya pedih ulu hati.

Bagi bayi, kadang-kadang doktor mencadangkan pemekatan formula atau susu ibu dengan satu sudu oat atau bijirin bagi mengurangkan refluks. Kedudukan bagi dalam keadaan menegak (duduk atau dipegang tegak) semasa penyusuan juga boleh membantu.

Kanak-kanak yang boleh mengelakkan makanan dan minuman yang menyebabkan GERD seperti:-

  • Buah-buahan sitrus
  • Coklat
  • Makanan dan minuman berkafein
  • Makanan berlemak dan goreng
  • Bawang putih dan bawang
  • Makanan pedas
  • Makanan berasaskan tomato dan sos
  • Peppermint

SUMBER: TheDiagnosa | HelloDoktor

 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda