MUNGKIN ada yang belum tahu, bahawa bayi bawah 6 bulan tidak boleh minum air kosong.

Malah, kebanyakan doktor pakar berpendapat bayi bawah umur 1 tahun tidak patut diberi minum air kosong, kecuali atas keperluan tertentu – seperti untuk membersihkan lidah atau mulut selepas makan.

KENAPA BAHAYA?

Memang umumnya kita tahu bahawa air masak bagus untuk kesihatan. Tetapi, ia hanyalah untuk kepada orang dewasa, bukannya bayi.

Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara ekslusif buat 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud menyusu semata-mata, tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air kosong.

Walaupun cuaca panas terik, bayi sebenarnya tidak memerlukan air kosong, lebih-lebih lagi yang menyusu badan. Sesetengah doktor berpendapat, bayi yang diberi susu formula boleh diberikan sedikit air kosong.

Tetapi, memberinya minum dengan banyak dapat mendedahkan bayi kepada risiko penyakit!

BACA>>>> Kenali Warna dan Bentuk Najis Bayi, Mungkin Petanda Anak Ada Penyakit


6 SEBAB BAYI BAWAH 6 BULAN TIDAK BOLEH DIBERI MINUM AIR KOSONG

1. MERENCATKAN TUMBESARAN

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.

Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.


2. MERENCATKAN AKAL

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah.

Air kosong akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan kernicterus (terencat akal). Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.


3. MENGANCAM NYAWA

Pertamanya, air masak atau air kosong berisiko untuk didapati daripada sumber yang tidak bersih. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit.

Kadangkala, pencemaran yang terdapat di dalamnya dapat bertahan dalam badan orang dewasa, tetapi amat merbahaya kepada bayi, terutamanya bayi yang baru lahi

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


4. SAWAN TARIK

Kajian mengesahkan bayi minum air kosong terdedah kepada keadaan yang disebut ‘oral water intoxicaton’.

Secara ringkasnya, ia adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Kehadiran terlalu banyak air akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal.

Dalam kes-kes teruk, bayi boleh mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.


5. SUSU IBU SUDAH MENGANDUNGI 80 PERATUS AIR

Sebenarnya, susu ibu telahpun mengandungi kuantiti air yang diperlukan oleh bayi. Jika bayi menangis kerana dahaga, berilah susu badan sehingga dia puas.

Bagi bayi yang meminum susu formula pula, anda boleh memberi sedikit air kosong (sekadar perlu) kepada bayi kerana bayi yang meminum susu formula lebih mudah terhidrat.

Selain itu, anda perlu memastikan bancuhan susu tepung dan air masak anda adalah mengikut sukatan yang sebenar.

BACA>>>> Berapa Banyak Air yang Perlu Kanak-Kanak Minum?

SUMBERWorldHealthOrganizationDoktorBudak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda