SETIAP kelahiran anak ialah berbeza walaupun kita sudah melahirkan lebih seorang anak. Tempoh bersalin biasanya ditentukan berdasarkan berapa lama bukaan rahim terbuka.

Lebih cepat bukaan rahim, cepatlah bersalin. Ada ibu hamil yang bukaan rahimnya cepat dan ada juga sebaliknya. Bukaan rahim sangat penting kerana ia menunjukkan bahawa kita sudah sedia bersalin.

Bagi mengelakkan diri diberikan hormon prostaglandin dan dipecahkan air ketuban bagi mempercepatkan bukaan rahim secara perubatan, apa kata kita cuba dahulu 4 tip mudah ini.

NOTA:Sebelum mengamalkan semua tip ini, pastikan anda bukanlah dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko tinggi.

1. BANYAK BERJALAN

Ada kajian menunjukkan aktiviti berjalan kaki membantu hingga 32 peratus daripada 663 wanita supaya lebih cepat rahim terbuka dan lebih cepat proses bersalin. Secara teori, berjalan kaki membantu bayi tertarik ke laluan bersalin dengan bantuan graviti.

Tetapi, ia perlu dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru. Jangan terlalu aktif kerana anda memerlukan tenaga yang banyak untuk meneran nanti.

2. LAKUKAN SENAMAN TERTENTU UNTUK IBU HAMIL

Kita boleh melakukan senaman menggunakan bola mengandung atau squat, yang mana membantu meluaskan otot pelvik dan menenangkan otot bahagian itu. Gerakan ini juga membantu kita rasa lebih tenang ketika bersalin kelak. Pada masa sama, ia juga boleh membantu bayi turun ke laluan hasil tarikan graviti.

Ada juga kajian menunjukkan senaman ini berjaya mengurangkan:

  • Melalui peringkat bersalin pertama lebih pendek
  • Kurangnya kes memerlukan epidural
  • Kurangnya kes memerlukan pembedahan

3. HUBUNGAN INTIM

Ketika hubungan kelamin dengan suami, kita akan merembeskan satu hormon dinamakan oxytocin. Hormon ini membantu proses kontraksi uterus. Sperma suami juga mempunyai prostaglandins yang akan melembutkan rahim dan membuatkan rahim lebih bersedia bersalin.

4. MINUM MINYAK CASTOR

Kaedah ini berasal dari zaman Mesir kuno bagi membantu mempercepatkan proses bersalin. Ada kajian menunjukkan bahawa 60ml minyak castor yang dicampur 200ml air suam dan diberikan kepada ibu hamil mempunyai kebarangkalian bersalin antara 24 jam selepas minum minyak tersebut.

Cara ini lebih selamat dan tidak menggunakan sebarang ubatan kimia dan sintetik. Bagaimanapun, kajian ini tidak boleh dikira sebagai satu kajian signifikan. Disarankan merujuk doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

SUMBER: Zuriat.my

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda