IBU menyusu yang nekad untuk tampil bergaya selepas bersalin boleh saja mengamalkan diet tetapi perlu ada beberapa perkara yang diambil tahu sebelum mula kerana dikhuatiri menyebabkan bayi kekurangan nutrisi dan susu berkurangan.

Terdapat banyak cara menguruskan badan, sama ada mengamalkan diet mahupun senaman.

Jadi, bagi ibu menyusu yang ingin berdiet cara intermittent fasting ini boleh baca artikel ini terlebih dahulu.

BACA>>> Bilakah Saya Boleh Bersenam Selepas Bersalin Ceasarean?

APA ITU INTERMITTENT FASTING?

Adalah cara untuk mengatur pola pemakanan dengan cara berpuasa makan selama beberapa tempoh tetapi dibenarkan untuk minum.

Ia berlainan dengan istilah diet yang merujuk pada pengurangan atau pembatasan makan, intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.

Diet puasa ini tidak mengatur makanan apa yang harus dikurangkan atau apa yang perlu dimakan tetapi lebih mengatur bila anda perlu makan dan bila harus berhenti makan. Biasanya cara diet ini menyarankan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanpun, anda boleh menentukan masanya sendiri.

APAKAH KELEBIHANNYA?

Pada umumnya, berpuasa sememangnya baik untuk kesihatan manusia. Pola makan kita seharian mungkin tidak beraturan kerana kita sering makan di luar waktu makan atau terlewat waktu makan.

Dengan diet inikita dapat memperbaiki atau membentuk perilaku makan yang lebih sihat dan dapat melatih ketahanan tubuh agar berfungsi dengan baik walaupun tidak makan dalam tempoh tertentu.

Selain itu, ia juga membantu tubuh untuk mengendalikan tekanan darah dan kolesterol tubuh untuk melakukan pembakaran lemak lebih efektif ketika berpuasa, sekali gus membuatkan hormon insulin lebih sensitif pada makanan.

Ada kajian yang dilakukan oleh ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda juga berkata:

Diet puasa (intermittent fasting) membantu keremajaan tubuh dan memperbaiki kesihatan tubuh secara keseluruhan.”  

Ia juga dapat membuat sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rusak dari dalam tubuh.

BACA>>> 7 Tip Turunkan Berat Badan Ketika Menyusukan Anak

JADI, BOLEHKAH IBU MENYUSU AMALKAN DIET INI?

Intermittent fasting akan membuatkan anda merasa lapar dan stres kerana belum terbiasa dengan pola makan yang baru. Rasa lapar juga dapat menurunkan pergerakan aktiviti anda jika tidak mendapat nutrisi daripada makanan yang dimakan.

Kesan sampingan lain juga boleh terjadi seperti sakit kepala dan perubahan jumlah tidur. Bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara hinggalah badan boleh menerima cara dan kaedah diet ini.

Walaupun ia banyak kesan kepada penurunan berat badan dengan cepat. Namun, tidak semua orang boleh mengamalkannya terutamanya yang dalam keadaan perubatan tertentu antaranya:-

  • Mempunyai penyakit diabetes
  • Masalah kadar gula darah
  • Tekanan darah rendah
  • Sedang dalam pengambilan ubat
  • Memiliki indeks massa tubuh di bawah normal (BMI)
  • Memiliki gangguan makan
  • Seorang perempuan yang sedang mencuba hamil
  • Wanita yang mengalami perdarahan berlebih saat menstruasi
  • Wanita sedang hamil atau sedang menyusu

Bagaimanapun, jika anda masih mahu mencuba, apa kata minta nasihat daripada pakar anda terlebih dahulu.

Anda perlu ingat, makan dengan nutrisi yang cukup dan senaman yang teratur adalah kunci gaya hidup sihat dan mengekalkan berat badan ideal.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda