MUSIM durian memang syurga kepada ibu bapa yang ‘hantu durian’. Pernah juga kita tengok kanak-kanak diberikan makan durian. Tengoklah video yang baru tular baru-baru ini pasal seorang kanak-kanak menangis semacam tantrum sebab tidak dapat makan durian.

Maknanya, bayi atau kanak-kanak juga suka durian. Tetapi perkara yang sering jadi persoalan, adakah mereka boleh makan durian? Adakah selamat kanak-kanak makan durian? Dan adakah ia beri kesan kepada kesihatan mereka?

KESAN MAKAN DURIAN KEPADA BAYI DAN KANAK-KANAK ?

Durian ialah raja buah dan kaya dengan zat nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, zink dan fosforus, yang baik kepada kesihatan. TETAPI, durian sangat berkanji dan tinggi kandungan gula.

Durian juga boleh menyebabkan PANAS BADAN jika diambil berlebihan, terutama bayi dan kanak-kanak.

Sebab itulah ibu bapa tidak digalakkan beri makan durian kepada bayi berusia dua tahun dan ke bawah.

Bagaimanapun, jika masih teringin beri kepada anak kecil, pastikan diberikan dalam jumlah sedikit.

Bukan saja panas, kandungan gula tinggi dalam durian mungkin akan membuatkan anak jadi TERLAMPAU AKTIF selepas makan (sugar rush).

Rasa panas akibat makan durian berlebihan akan menyebabkan anak kecil rasa tidak selesa dan perutnya yang sensitif pun boleh memulas jika makan durian berlebihan.

PETUA ELAK BADAN PANAS

  1. Isi air dalam pangsa durian dan minum air untuk sejukkan badan.
  2. Amalkan makan beberapa potong sengkuang untuk menyejukkan badan selepas makan durian.

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda