BAU badan anak akan muncul sebaik saja masuk usia akil baligh. Selain itu, punca bau badan anak juga disebabkan pemakanan, kebersihan dan pakaian yang tidak dijaga rapi.

Masa akil baligh anak perempuan biasanya berlaku antara usia 8-13 tahun, manakala lelaki 9-14 tahun. Apabila sudah akil baligh, bahagian badan tertentu akan mula ditumbuhi rambut halus seperti bulu ketiak! Inilah salah satu penyebab kenapa bau badan anak mula berubah daripada tidak berbau apa-apa kepada berbau asyem. 😛

BOLEH ATAU TIDAK PAKAI DEODORAN?

Jawapannya, boleh! Tiada batasan umur yang ditetapkan untuk pakai deodoran. Bagaimanapun, kita mesti buat pilihan selamat dan ajar anak menggunakan deodoran dengan betul.

CARA PILIH DEODORAN SELAMAT

Tidak banyak deodoran yang ada di pasaran dikhaskan untuk kanak-kanak. Jadi seeloknya, pilih deodoran yang tiadakandungan seperti berikut kerana boleh menyekat peluh pada bahagian ketiak;

  • Aluminium klorida
  • Aluminium zirkonium
  • Paraben
  • Propylene glycol
  • Sekiranya ada simptom elergi, berhenti guna deodoran

BUAT DEODORAN CARA DIY TANPA BAHAN KIMIA

  • Satu sudu besar baking soda
  • Satu sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak kelapa
  • satu sudu teh minyak ‘essential’ (tea tree, lemon atau lavender).

Gaul rata semua bahan, kemudian simpan dalam bekas boleh tutup. Gunakan setiap kali selepas mandi.

AJAR ANAK UNTUK JAGA KEBERSIHAN

  • Mandi 3 kali sehari
  • Mandi setiap kali selepas lakukan aktiviti yang keluar peluh
  • Cuci seluruh bahagian tubuh termasuk ketiak, alat kelamin dan kaki.
  • Pakai pakaian longgar dan jenis kain boleh serap peluh.
  • Pakai pakaian dalam dan baju bersih setiap hari.
  • Akhir sekali, barulah guna deodoran.

Selamat mencuba!

SUMBER: KidsHealth

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda