“Anak saya berusia 5 tahun mengadu ada gigi tumbuh di belakang gigi susu, tetapi gigi susu tersebut masih belum goyang. Selang beberapa hari kemudian barulah gigi mula goyang. Perlukah saya cabut gigi susu itu?

Inilah antara dilema ibu bapa yang berdepan situasi gigi kekal tumbuh ketika usia 6-7 tahun. Mereka ragu-ragu sama ada mahu cabut sendiri atau perlu dibawa ke klinik.

Bagi ibu bapa yang kali pertama menghadapi situasi begini, baca artikel tentang gigi susu yang perlu semua ibu bapa tahu.

APAKAH GIGI SUSU?

Gigi susu ialah gigi sementara yang akan berganti kepada gigi kekal atau gigi dewasa. Kanak-kanak akan mula tumbuh gigi ketika usia 6 bulan hingga 2 tahun.

Ketika kanak-kanak berusia 6-7 tahun, gigi kekal akan mula tumbuh secara berperingkat dan berakhir ketika gigi geraham dewasa tumbuh antara usia 12-13 tahun.

Peralihan antara gigi susu dan gigi dewasa sudah pasti memerlukan kanak-kanak melalui proses mencabut gigi yang cukup ditakuti sama ada dilakukan sendiri di rumah atau klinik gigi.

Namun, ibu bapa perlu tahu bilakah keadaan yang memerlukan gigi anak dicabut.

1. GIGI SUSU GOYANG

Apabila gigi susu mula goyang itu petanda kita perlu mencabutnya. Jika ada pengetahuan cara mencabut gigi, boleh cabut sendiri, jika tidak bawa anak jumpa doktor gigi.

Cara mencabut gigi susu ialah dengan menggoyangkan gigi tersebut setiap hari hingga gigi mudah ditanggalkan atau membiarkan gigi tercabut sendiri secara semula jadi kerana situasi itu tidak akan memberikan kesan trauma kepada anak.

2. GUSI JADI PUTIH

Keadaan ini menunjukkan bahawa gigi kekal akan tumbuh mengantikan gigi susu. Tanda-tanda lain ialah meraba gusi anak. Jika kita dapati permukaan gusi tajam itu tandanya gigi sudah mula tumbuh.

Dalam keadaan ini, gigi susu anak perlu dicabut bagi memudahkan proses pertumbuhan gigi kekal dengan mudah, rapi dan tersusun.

Bagaimanapun, sekiranya gigi susu masih tidak bergoyang, disarankan kita bawa anak ke klinik gigi untuk meminta nasihat doktor.

3. GIGI ROSAK ATAU BERLUBANG

Tanpa penjagaan gigi yang rapi sejak kecil, ramai kanak-kanak mengalami masalah gigi rosak pada awal usia. Jika usia 7 tahun anak mengalami masalah gigi seperti berlubang dan rosak, maka itu tandanya kita perlu membawa anak ke klinik untuk mencabut  gigi susu yang sudah rosak.

Gigi yang bermasalah itu perlu dicabut bagi mengelakkan kerosakan pada saraf gigi kekal.

4. GIGI KEKAL TUMBUH PADA BEKALANG GIGI SUSU

Kanak-kanak akan dapat merasakan gigi tumbuh dibelakang gigi susu yang masih tidak bergoyang atau tertanggal lagi. Bila keadaan ini berlaku, cabut sendiri atau bawa anak ke klinik.

5. GUSI BERNANAH DAN BENGKAK

Gigi rosak teruk hingga gusi bernanah dan bengkak dan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk makan walaupun selepas berjumpa doktor gigi.

6. GIGI SUSU MENYEKAT PERTUMBUHAN GIGI KEKAL

Gigi susu anak kita menghalang pertumbuhan gigi kekal di tempat yang sepatutnya gigi tersebut tumbuh.

7. GIGI SUSU TIDAK TANGGAL KETIKA USIA 8 TAHUN

Hal ini berlaku apabila gigi itu sepatutnya sudah tiba masanya untuk tumbuh, tetapi gigi kekal masih tidak tumbuh disebabkan gigi kekal berada di bawah gigi susu.

SUMBER: TheAsianParentIndonesia | MajalahPaMa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda