SELEPAS bersalin, ramai wanita takut melakukan hubungan kelamin bersama pasangan kerana ia menyakitkan. Perasaan ragu-ragu membuatkan ramai tidak yakin untuk bersama pasangan sama ada selepas nifas, 3 bulan mahupun 6 bulan?

Bilakah masa selamat untuk melakukan hubungan intim bersama? Kami turut kongsikan tip untuk melakukan seks dengan selamat selepas bersalin untuk panduan suami isteri. Semoga bermanfaat.

BILAKAH SELAMAT UNTUK MEMBUAT HUBUNGAN SEKS SELEPAS BERSALIN?

Kita perlu menunggu sehingga sebarang pendarahan selepas bersalin (lokia) atau darah nifas berhenti kira-kira tiga minggu selepas bersalin. Luka yang berlaku dalam rahim akibat uri (plasenta) keluar masih dalam proses penyembuhan. Jika kita mengadakan seks sebelum pendarahan berhenti, kita boleh mengalami jangkitan.

BILAKAH ANDA MULA MEMPUNYAI KEHENDAK MELAKUKAN SEKS SELEPAS BERSALIN?

Setiap orang adalah berbeza. Kebanyakkan ibu di Malaysia menunggu sehingga habis tempoh berpantang. Namun, tidak ada waktu yang ditetapkan, apa yang penting ialah tunggu sehingga kita sedia dari segi fizikal dan mental.

Ada pasangan mula mengadakan seks semula dalam bulan pertama selepas isteri bersalin tetapi kira-kira separuh daripada pasangan menunggu sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu kerana koyakkan semasa bersalin.

Ada juga yang mula melakukan hubungan selepas 3 bulan dan maksimum sehingga 6 bulan selepas isteri bersalin.

BACA>>> 6 Posisi Seks yang Selamat dan Selesa Dicuba Ibu Hamil

MENGAPA SAYA TIDAK RASA HENDAK MELAKUKAN SEKS SELEPAS BERSALIN?

Adalah perkara biasa untuk tidak rasa hendak mengadakan seks dalam minggu atau bulan pertama selepas bersalin mungkin disebabkan:-

1. KELETIHAN

Kita mungkin rasa letih kerana tidak cukup tidur akibat menjaga bayi yang baru lahir. Jika  menyusu badan, hormon prolaktin juga boleh mengurangkan keghairahan untuk seks.

2. KEMURUNGAN

Rasa murung atau masalah kemurungan selepas bersalin juga boleh membuatkan kita bertambah tidak mahu mengadakan seks. Bincanglah dengan doktor, bidan atau pakar kesihatan jika merasa ini adalah masalah.

3. JAHITAN DAN KOYAKKAN 

Jika kita mengalami kekoyakan atau jika bayi dilahirkan menggunakan alat bantuan, mungkin mengambil lebih banyak masa untuk rasa ingin mengadakan seks semula. Ini adalah normal dan kita harus memberi masa kepada diri sendiri untuk pulih.

Manakala, bersalin secara ceasarean, kita perlu sembuh daripada satu pembedahan besar. Kesakitan daripada jahitan atau koyakan yang teruk mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Jahitan mungkin akan rasa sakit untuk beberapa hari atau minggu. Biarlah luka  sembuh dan jahitan pudar dahulu sebelum mengadakan seks.

Walaupun jika anda tidak mengalami episiotomi atau kekoyakan, bahagian perineum (bahagian di antara faraj dan dubur) mungkin lebam dan sensitif untuk beberapa waktu.

BAGAIMANA JIKA SUAMI MAHUKAN SEKS TETAPI SAYA BELUM BERSEDIA?

Beritahu suami tentang apa yang kita rasa dan berbincanglah dengan fikiran yang terbuka. Suami mungkin rasa tersisih jika kita tidak mahukan seks sedangkan dia mahu, tetapi tidak seharusnya rasa terpaksa mengadakan seks sebelum bersedia. Seks sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan, bukannya satu tugas.

Seks tidak hanya bermakna penetrasi. Rangsangan daripada sentuhan sahaja boleh jadi sangat menyeronokkan. Perkataan dan pelukan boleh digunakan untuk menyatakan kemesraan dan emosi. Anda berdua akan mendapat manfaat daripada kemesraan ini, sehingga anda berdua bersedia untuk hubungan seks.

BACA>>> Selamat Tak Hubungan Seks Semasa Hamil?

9 TIP MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS SELEPAS BERSALIN

1. Cuba berpeluk-pelukan dan bermesra dahulu supaya kita akan beransur-ansur selesa disentuh secara seksual semula.

2. Lakukan perlahan-lahan. Bersentuhan dan berciuman tanpa mengharapkan ia akan menjurus kepada seks penetratif.

3. Jika gementar, resah atau bimbang ia akan menyakitkan, kita tidak akan rasa terangsang. Maka, seks akan jadi tidak selesa kerana faraj anda tidak cukup basah.

4. Cuba gunakan jeli pelincir jika bahagian perineal rasa sensitif kerana ini boleh membuatkan seks lebih selesa. Jangan guna pelincir berasaskan minyak jika menggunakan kondom kerana ini boleh membuatkan kondom bocor. Pelincir juga akan membantu menyelesaikan masalah kekeringan faraj yang alami, yang mana ia adalah sesuatu yang biasa jika anda menyusu badan.

5. Apabila rasa sudah bersedia, cuba jangan tergesa-gesa. Ia seharusnya sesuatu yang berlaku secara natural dan anda berdua seharusnya rasa bersedia dan cukup terangsang. Cuba posisi yang tidak memberi terlalu tekanan pada mana-mana bahagian yang sensitif. Memulakannya dengan berada di atas bermakna kita boleh mengawal kadar dan kedalaman penetrasi.

6. Jika mula rasa sensitif atau tidak selesa, mintalah suami berhenti seketika. Dia boleh cuba menyentuh klitoris perlahan-lahan. Sebaik sahaja rasa terangsang, boleh cuba semula.

7. Jika keletihan ialah penghalang utama, cuba bersama suami semasa bayi sedang tidur supaya tidak terlalu letih untuk menikmatinya.

8. Teruskan membuat senaman lantai pelvis untuk menguatkan semula otot faraj. Ini akan membantu meningkatkan keseronokkan terhadap seks.

9. Amalkan pemakanan yang baik, minum banyak air dan berehat bila-bila sahaja yang boleh. Menjaga bayi baru sangat meletihkan. Kita perlu menjaga diri sendiri untuk meningkatkan tenaga.

PERKARA BOLEH BERLAKU KETIKA HUBUNGAN SEKS SELEPAS BERSALIN

1. SAKIT

Jika selepas melakukan hubungan secara perlahan-lahan dan merasa sakit maklumkan kepada doktor. Kadangkala, cara kekoyakan atau episiotomi dijahit boleh menyebabkan ketidakselesaan jangka panjang tetapi pembedahan dapat membetulkannya.

2. REMBESAN FARAJ BERBAU

Jika mengalami rembesan faraj yang berbau, mungkin kita mengalami jangkitan yang memerlukan perhatian. Jika masih keluar darah daripada faraj selepas 4 minggu atau mengalami kehilangan darah secara mendadak berjumpalah doktor.

Kira-kira 80 peratus wanita mengalami masalah dengan kehidupan seks mereka pada kira-kira 3 bulan selepas bersalin. Perkara yang penting ialah mendapatkan bantuan secepat mungkin.

Bincanglah dengan doktor kerana mereka boleh merujuk kepada ahli fisioterapi. Kadangkala, dengan menyuarakan apa yang kita rasa, boleh membantu membuat perkara ini lebih baik tanpa memerlukan rawatan lanjut.

BACA>>> Panduan Tingkatkan Peluang Hamil dan Tip Kesuburan Buat Suami Isteri

SUMBER: BabyCenter

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda