APABILA sudah mencecah usia enam bulan, si manja sudah bersedia untuk sajian pertamanya. Air tangan ibu adalah yang paling baik untuknya.

Jadi, para ibu sediakanlah makanan untuk mereka kecuali jika ada kekangan waktu. Suaplah mereka dengan tangan anda sendiri dan rasai keseronokkan itu. Makan dari tangan ibunya adalah penghargaan buat anak anda. Jangan serahkan tugas ini kepada orang lain.

Bila si kecil sudah mula makan, perkara apakah yang ibu bapa perlu ambil tahu?

1. PASTIKAN DUDUK

Sebelum memberikan makanan pejal, pastikan si kecil sudah boleh menyokong lehernya sendiri. Suap dalam keadaan mereka duduk, bukan berbaring.

2. BUBUR NASI

Makanan pejal pertama yang dicadangkan adalah bubur nasi kerana ia kurang risiko alergi.

3. PASTIKAN TIADA ALERGI

Perkenalkan sejenis makanan dalam tempoh tiga hari berturut-turut untuk mengetahui makanan tersebut menimbulkan alergi atau tidak.

4. KEPENTINGAN MAKANAN TAMBAHAN

Makanan pejal penting bagi bayi enam bulan ke atas untuk menampung keperluan nutrien yang tidak terkandung di dalam susu ibu.

5. JANGAN TERLALU AWAL

Elakkan daripada memulakan makanan pejal lebih awal kerana sistem penghadaman si kecil seperti buah pinggang dan usus masih belum boleh memproses makanan.

6. PASTIKAN CARA MENYIMPAN MAKANAN BETUL

Puri buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dibuat awal dan disimpan di bahagian beku peti sejuk.

BACA>>>> Bolehkah Makanan Bayi Dipanaskan Semula?

7. CUBA RESEPI BERLAINAN

Jangan cepat putus asa jika si manja kurang berminat dengan makanan yang disediakan. Cuba lagi dengan bahan dan cara penyediaan lain.

8. BABY CHAIR

Dapatkan kerusi bayi untuk memudahkan tugas menyuap si manja makan.

9. TANDA BAYI SUDAH BERSEDIA UNTUK MAKAN

Bayi anda mungkin tidak akan melakukan semua perkara ini – mereka hanya petunjuk yang perlu diperhatikan.

  • Boleh mengangkat kepala
  • Duduk dengan baik di kerusi tinggi
  • Membuat gerakan mengunyah
  • Menunjukkan pertambahan berat badan yang ketara (berat kelahiran telah meningkat dua kali ganda) dan mempunyai berat kira-kira 6kilogram atau lebih
  • Menunjukkan minat pada makanan
  • Boleh memasukkan sudu ke dalam mulut
  • Boleh menggerakkan makanan dari bahagian luar ke bahagian dalam mulut
  • Boleh menggerakkan lidah ke depan dan ke belakang
  • Masih kelihatan lapar walau selepas 8 hingga 10 kali penyusuan susu ibu atau 40 oz. susu formula dalam sehari
  • Gigi mulai tumbuh

10. BERAPA BANYAK SETIAP HARI?

  • Mulakan dengan kira-kira 1 sudu teh makanan puri atau bijirin. Campurkan bijirin dengan 4-5 sudu teh susu ibu.
  • Tingkatkan pengambilan kepada 1 sudu makan makanan puri, atau 1 sudu makan bijirin dicampur dengan susu ibu atau formula, dua kali sehari.
  • Jika anda memberi bijirin kepada bayi anda, anda boleh meningkatkan kepekatan secara beransur-ansur dengan mengurangkan air.

BACA>>>> 8 Resepi Makanan Bayi Sedap (4-12 Bulan), Jom Cuba!

SUMBER: AbangBrian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda