TIDAK tahan dengan perangai anak yang mengada, makin dipujuk makin menjadi-jadi perangainya. Mak ayah sudah pujuk tetapi tidak berkesan. Biarkan! Nanti kita pula yang terikut-ikut emosi dan marah anak tidak tentu pasal.

Sebelum pujuk anak, apa kata kita belajar dulu kawal emosi dan marah kita. Berikut adalah cara pantas tahan marah ibu bapa perlu tahu yang telah dikongsikan oleh Puan Maznah Ibrahim di laman sosial Facebooknya.

Semoga bermanfaat.

BACA>>> Amalkan 5 Tip Kawal Emosi Ini Jika Tidak Mahu Jadi Ibu Pemarah!

5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK

1. Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)

2. Menunjukkan wajah tidak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)

3. Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)


4. Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)

5. Pergi dari situ untuk akses air – sama ada minum air,  ambil wudhu atau mandi laju-laju.

BACA>>> Sekali Tengking Berjuta Sel Otak Rosak, Ini 7 Bahaya Tengking Anak Sesuka Hati

BILA SUDAH TENANG APA PERLU BUAT?

    • Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi kita.
    • Setelah tenang, perlulah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang kita tidak suka tadi.
    • Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah itu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik-beradik).
    • Kongsikan dengan rakan untuk sama-sama berkongsi tip dari channel t.me/ehsabar.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda