TIDAK dikurniakan anak atau mempunyai anak tak ramai bukanlah pengukur kebahagiaan setiap pasangan suami isteri. Anak adalah rezeki dan amanah Allah, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik mereka menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat kelak.

Sebab itu, ibu bapa yang ada anak ramai jangan terlalu berbangga dengan jumlah anak-anak yang anda miliki. Ada tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebenarnya!

Berikut adalah perkongsian Perunding Motivasi, Nur Firdaus Abdul Razak yang membuka mata ibu bapa di luar sana.

BACA>>> Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 15 Tip Didik Anak Sejak Kecil

BILA ORANG TANYA KENAPA ANAK SIKIT

O: Orang
K: Kiter

O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?

K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.

O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.

K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?

K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O: Hmm.. (terdiam sekejap)

K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

BACA>>> Pelukan Mak Ayah Ibarat Ubat Penenang Anak. Inilah Sebabnya…

O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)

K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula.

O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.

K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.

SUMBER: Nur Firdaus

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda