DEMAM adalah gejala yang biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Suhu badan akan meningkat baik pada bayi dan anak-anak, peningkatan panas tubuh ini perlu dipantau oleh ibu bapa.

Kenaikan suhu tubuh yang berlebihan memberikan kesan yang serius pada bayi dan kanak-kanak jika tidak dikawal. Suhu bahaya bagi bayi dan kanak-kanak adalah 38 darjah celcius.

Ketika anak demam ibu bapa biasanya akan memberikan ubat demam untuk menurunkan suhu badan atau meletakkan tuala basah dan dituam pada bahagian badan seperti di kepala, celah paha dan ketiak.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa yang melakukan kesilapan ketika menuam anak yang demam. Persoalannya, adakah perlu menggunakan air sejuk ataupun suam? Berikut kami kongsikan cara yang betul merawat anak demam dengan kaedah tuam.

BACA>>> Guna Ubat Punggung untuk Anak Demam yang Tidak Mahu Makan Ubat

TUAM GUNA AIR SEJUK

Apabila badan yang sedang panas dituam dengan air sejuk, badan akan menggigil sehingga terjadi kenaikan suhu badan kerana ia mengakibatkan pembuluh darah mengecil (vasokonstriksi), sekali gus menyebabkan suhu badan meningkat. Anak akan rasa kurang selesa.

TUAM GUNA AIR SUAM

Apabila menuam air suam, badan akan dirangsang untuk mengeluarkan peluh. Jika peluh keluar, secara semulajadi suhu tubuh akan turun. Penggunaan tuam suam ini selama lebih kurang 10 hingga 15 minit akan membuka pori-por,i dan mengakibatkan peluh akan keluar sehingga suhu panas badan berkurang kerana proses penguapan berlaku.

BACA>>> Benarkah Anak Kecil Demam Sebab Tumbuh Gigi? Mitos atau Fakta?

BAGAIMANA CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN TUAM SUAM?

  • Sebelum tuam, sediakan bekas kecil berisi air suam dengan suhu 38 ºC. Buka baju anak. Basahkan tuala kecil dengan air ini.
  • Semasa tuam, letakkan tuala kecil itu di bahagian ketiak dan celah paha. Ini kerana ketiak dan celah paha miliki pembuluh darah besar, sehingga segera memberi “signal” ke otak untuk menurunkan suhu ketika demam.
  • Tuam bahagian tersebut selama lebih kurang 10 minit hingga tuala tidak menjadi kurang panas, ulangi lagi dengan membasahinya dengan air panas tadi sehingga suhu badan turun.
  • Selepas itu, biarkan air itu menyerap ke dalam badan. Kemudian, lap dengan kain kering.
  • Pakai kembali baju. Pilih baju yang nipis dan longgar. Tutupi dengan selimut nipis jika anak mengigil kesejukan.

Namun, jika anak mengalami demam panas yang tidak turun walaupun sudah diberikan ubat dan melakukan kaedah ini, ibu bapa disaran untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda