DEGIL adalah seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.

Kenapakah ini berlaku?

Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka barulah degil tidak berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu?

Solusi – Mempengaruhi (Bina Hubungan Rapat atau Rapport)

Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau ‘rapport’. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; “Resistance is an indication of a lack of rapport” (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport.”

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat ‘rapport’ dengan anak anda terjejas?

BACA>>> 5 Jenis Perangai Melampau Anak Yang Kita Mesti Didik Dan Tegur Dari Kecil

9 PUNCA UTAMA ANAK DEGIL

1. HATI ANAK SELALU TERLUKA

Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi ‘Closed Heart’. ini banyak berlaku kepada remaja.

2. PASANGAN BERGADUH DEPAN ANAK

Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3. MUNGKIR JANJI PADA ANAK

Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4. TIDAK LAKUKAN APA YANG DISURUH

Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5. TIDAK DENGAR PENDAPAT ANAK

Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6. TERLAMPAU IKUT KEHENDAK ANAK

TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.

BACA>>> Anak Susah Nak Ikut Arahan Mak Ayah, Apa Kata Cuba Cara Psikologi Ini…

7. TIADA ILMU DAN SKIL KEIBUBAPAAN YANG BETUL

Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.

8. SELALU KATA ANAK DEGIL

Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!

9. ANAK TIDAK DIDIDIK MENGHORMATI IBU BAPA

Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Maka, anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!

Ingatlah kuncinya ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Semoga perkongsian Ibu ini membantu.

SUMBER: Ibu Rose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda