ORANG selalu kata anak yang sering menangis elok biarkan saja, nanti bila penat berhenti sendiri. Ini adalah antara tip yang sering kita diajar dalam mendidik anak kecil.

Penat memang apabila anak suka menangis tapi rupanya kebiasaan membiarkan mereka menangis tanpa dipujuk boleh memberi kesan kepada otak, sekali gus pembentukan peribadi mereka bila besar nanti.

Puan Adhwa Adnin berkongsi tentang Cry It Out Method untuk pengetahuan semua ibu bapa dan kesannya kepada anak.

* Sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum.


Siapa yang bijaksana sangat menulis biarkan bayi menangis (CRY IT OUT METHOD) supaya bayi akan belajar tenangkan diri sendiri (diam sendiri)?

Baca yang aku kongsi!

Orang tua-tua selalu pesan, jangan biar bayi menangis lama-lama. Bayi nangis ini, kalau boleh terus tengok dan angkat (Ini nenek dan mak akulah yang pesan, bayi baru lahir bayi bawah setahun mak aku cakap bela betul-betul). Biar kita susah sekejap, asal anak peringkat awal ini keperluan dia dipenuhi secukupnya.

Macam biasa bila orang pesan-pesan ini, aku akan cari sokongan dan bukti konkrit (tidak reti aku ikut membuta tuli). So, dapatan aku, daripada kajian pelbagai (psychologist, neurologist, child expertise), dapatlah aku simpulkan biarkan bayi menangis bagi kesan pada otak dan pembentukan peribadi dia. Otak beb, newborn ini jangan main-main, silap langkah kasihan anak-anak kita.

BACA>>> Inilah 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis

ANTARA KESAN TIDAK BAIK SEMAKIN BESAR ANAK AKAN JADI:-

1. AGRESIF – Sebab? Biarkan bayi nangis akan aktifkan adrenalin dia.

2. BERMASALAH PEMBELAJARAN – Sebab? Biarkan baby menangis rosakkan sistem neuro dia, so effect pada intellectual skills dia.

3. Mengubah sistem otak bayi, bayi yang stres orang kaji otak dia, aktiviti dalam otak dia sebiji macam otak orang dewasa yang menghadapi depresi. Scary tau tak? Kasihan baby!

4. LEMAH SISTEM IMUN – Sebab? Bayi stres banyak keluarkan hormon kortisol.

5. CEPAT PUTUS ASA

6. TIDAK YAKIN DIRI

7. BERMASALAH KAWAL EMOSI

8. BANYAK BERGANTUNG (tidak reti berdikari)

Yang aku tidak tulis reasoning dari sudut sains itu, faham-faham saja lah aku tidak ingat. Ini sebahagian kesan, boleh jadi bayi itu dapat salah satu daripada kesan ini, boleh jadi dapat dua atau boleh jadi juga dapat semua, atau pun dia survive daripada semua ini, wallahualam.

MAT SALEH BIAR ANAK MENANGIS?

Siapa yang pandai-pandai cakap mat saleh biar anak nangis? Ikut teori mat saleh negara mana itu?

Bukan semua tahu. Dia bilik asing pun, dia ada pasang monitor, anak nangis dia bangun pergi entertain. Dia nak buat Cry It Out Method pun dia study dulu, baca buku, jumpa Paed. Memang ada sesetengah masyarakat di negara tertentu buat, tengoklah budaya dia, kalau dia memang ikut budaya gasar, okay kot dia train bayi begitu.

Ke nak ikut teori Spartan? yang berjaya melepasi, akan jadi terkuat terhebat, yang tidak pula, mati tidak bererti. Tolonglah takkan dari baby sudah nak bagi pressure? Nak ajar jadi yang terhebat, terkuat, berdikari seawal NEWBORN?

BAGAIMANA NAK BAGI BAYI BERHENTI MENANGIS

Bayi yang selalu ditinggal-tinggal dan dibiar lagilah suka nangis berlanjut-lanjutan. Ada banyak cara nak tenangkan, salah satunya gendonglah dia (belajar babywearing okay). Faham sangat stres kalau bayi clingy, my first daughter tersangatlah clingy. Tahun pertama ada bayi, Allah sahaja yang tahu letihnya fizikal dan mental, tapi itu amanah kan. Kena cari jalan supaya bayi tenang kita pun tenang.

Biarkan bayi menangis terlalu lama beri kesan sepanjang hidupnya. Nampak macam isu ranting yang tidak berapa kita ambil tahu, tapi rupanya isu tangisan ini beri pengaruh besar dalam pembentukkan individu.

Masih lagi mahu bertanya kenapa ibu bapa Finland, Sweden sanggup bercuti lama untuk jaga bayi tahun-tahun pertama? Masih juga tertanya-tanya kenapa ibu di Jepun berhenti kerja seketika sementara anak-anak masih kecil? Dan kita juga aneh kenapa kadar jenayah rendah, kadar rasuah rendah, persekitaran selamat, suasana hidup harmoni dan akhlak orang di sana jauh lebih baik berbanding negara-negara lain? Jelaslah kenapa kan? Faktor asas yang paling utama telah diurus terlebih dahulu.

Tak aku bukan suruh berhenti kerja, aku cerita saja ni, betapa kesiannya bayi yang kita biar nangis lama-lama.

#makbiasabiasayangcubafahamanaksendiri
#ampunlahtertulispanjang

BACA>>> Goncang Bayi Supaya Berhenti Menangis Boleh Bawa Maut? Apakah SBS?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda