ANAK nombor 2 ini selalu dikaitkan dengan sifat yang lebih berdikari, degil dan kadangkala suka memberontak berbanding adik-beradik yang lain. Bagaimanapun, sikap memberontak itu adalah tidak baik kepada perkembangan anak-anak.

Jadi, apa kata kita ketahui kenapa anak bertindak demikian dan apakah cara bagi mengatasi masalah ini.

BACA>>> 4 Sebab Kenapa Ibu Bapa Pilih Kasih. Sayang Mereka Sama Rata, Setiap Anak Bawa Rezeki

Tiba-tiba saja entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ini, Muhammad Solahuddin.

Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir-akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji balik, bukan sebab tidak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan itu tidak seimbang.

Solahuddin ini anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% sajalah!

Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency: Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ini mungkin akan bersifat REBELLIOUS!

Mengikut kajian itu lagi, anak kedua ini akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!

Kenapa? Sebab anak kedua ini biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN (less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!

Sebak!

Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.

BACA>>> Berapakah Jarak Usia Anak Yang Ideal Untuk Dapatkan Adik?

BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH INI?

Bila sudah sedar, insyaAllah kita boleh top up balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah:

  • Banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua.
  • Banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur.
  • Beritahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU.’
  • Kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik-adiknya.
  • Ajar lah ilmu ini pada suami sekali sebab suami lah ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri saja bersungguh tidak menjadi juga.

P/S: Fuh. Kesilapan ini nampak saja sederhana tapi efek pada anak boleh bawa sampai ke usia dewasa!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda