SEPANJANG tempoh kehamilan tidak dinafikan ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sakit-sakit urat seperti sakit pinggang, sakit belakang dan kaki. Bagi mendapatkan kelegaan, ibu hamil perlu mendapatkan rawatan seperti berurut.

Tetapi seringkali menjadi persoalan, adakah berurut ketika hamil selamat? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi.

BOLEHKAH IBU HAMIL BERURUT?

Rawatan urutan memberikan faedah kepada ibu hamil. Namun, tidak ramai doktor yang memberikan galakkan kepada pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja memberikan manfaat tetapi juga mendatangkan mudarat ibu dan bayi dalam rahim bergantung kepada cara dan latihan yang dilakukan oleh tukang urut.

5 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERURUT

1. JANGAN BERURUT KETIKA AWAL KEHAMILAN

Ibu hamil tidak digalakkan melakukan urutan sekiranya kehamilan kurang daripada 12 minggu kerana dikhuatiri mendatangkan risiko keguguran.

2. TIDAK BOLEH URUT KUAT DI BAHAGIAN OTOT PAHA DAN BETIS

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak lancar ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot paha dan betis.

Oleh itu, elak urut di bahagian ini kerana dibimbangi sekiranya darah beku sudah terbentuk dan menyebabkan ia tertanggal dan memasuki salur darah. Serpihan darah beku akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.

3. ELAK URUT DI BAHAGIAN ABDOMEN

Urutan ketika hamil digalakkan di bahagian tubuh lain kecuali abdomen. Jika ada tukang urut melakukan urutan pada perut, ia wajar dielakkan. Hal ini kerana ia boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

4. URUTAN PERLU BERSIFAT RINGAN

Ketika hamil, urutan perlu dilakukan secara ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep tissue massage’.

Kesalahan yang dilakukan oleh tukang urut adalah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak mendatangkan manfaat sebaliknya mudarat.

5. ELAK URUT BAHAGIAN SENSITIF

Bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist) kerana ia akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutamanya rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Jika ibu hamil mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seperti sakit mahu bersalin (Braxton Hicks Contraction), berhenti berurut dan segera ke hospital.


MANFAAT BERURUT BAGI IBU HAMIL

Ramai ibu hamil mengalami masalah kelenguhan badan akibat perubahan hormon. Ibu hamil akan mendapat manfaat sekiranya berurut sebanyak 2 kali setiap minggu selama 5 minggu.

1. MENGURANGKAN TEKANAN

Urutan akan mengurangkan kepekatan Norepinephrine dan Cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stres atau tekanan. Tekanan akan mengakibatkan ibu hamil mudah penat dan tidak bertenaga, sekali gus menyebabkan cepat marah, putus asa dan rasa tertekan.

2. MENJADIKAN IBU HAMIL LEBIH TENANG

Urutan meningkatkan kepekatan hormon yang Dopamine dan Serotonin yang akan menyebabkan tubuh berasa tenang dan bersemangat. Hormon ini akan mengurangkan masalah dan komplikasi ketika melahirkan bayi.

3. KURANG SAKIT DAN PERBAIKI SISTEM IMUNITI

Urutan akan membantu memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan akan mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh yang juga akan memberikan ibu hamil tidur dengan nyenyak.

4. KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Urutan akan mengurangkan sakit pinggang tanpa perlu makan ubat tahan sakit.


SIAPAKAH YANG TIDAK DIGALAKKAN BERURUT

  • Kehamilan bersama penyakit hypertensi dan Preeklampsia
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang
  • Pernah keguguran
  • Kehamilan kurang 12 minggu

SUMBER: DrZubaidi.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda