DALAM satu kenyataan yang diumumkan di laman twitternya, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan bahawa peperiksaan Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) akan dimansuhkan bermula tahun hadapan.

Menurutnya, peperiksaan ini akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.

Bagaimanapun, Dr Maszlee masih belum mendedahkan silibus yang bakal digunakan bagi menggantikan peperiksaan tahap 1 yang bakal dilaksanakan itu kelak.

BACA>>> 7 Amalan Ini Ibu Bapa Perlu Buat Ketika Anak Hadapi Peperiksaan

KEPUTUSAN DISAMBUT BAIK 

Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1  turut disambut baik oleh netizen yang rata-rata meninggalkan maklum balas positif.

Rentetan berita itu juga, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Hazhari Ismail dalam satu perkongsian di laman Facebooknya menyambut baik pengumuman itu sebagai satu berita gembira buat ibu bapa, guru dan anak.

Berikut adalah perkongsiannya…

Alhamdulillah. Berita begini buat saya gembira.

Buat yang bertanya kenapa, unhr pendidikan awal kanak-kanak secara global adalah 9 tahun ke bawah. Cuma di Malaysia kita letakkan 6 tahun ke bawah.

Maka, pedagogi yang bersesuai untuk 9 tahun ke bawah juga sama dengan 6 tahun ke bawah. Sebab itu learning processnya yang appropriate.

Moga dengan berita ini dapat mengurangkan masalah domino effect yang tidak sepatutnya dari ibu bapa, guru-guru dan anak-anak.

Moga ada berita gembira lagi untuk anak-anak kita.

*Yang tadika pun dah boleh stop kot mengada-adakan peperiksaan yang tidak sepatutnya. Fokus penilaian perkembangan secara individu.

BACA>>> 5 Tip Pilih Tadika Terbaik Mengikut Kemampuan Bajet Keluarga

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda